Jam dah pukul 5 pagi waktu saya terbangun dari tidur.
"Basaaaahhh...basaaaahhh..."kata adik sebaik sahaja dia sedar semalam. Aduhhh si kenit ni 'kemalangan kecil'. Terpekik-pekik saya bila nampak abang melompat-lompat atas tilam sementara saya bersihkan adik di tandas.
"Basaaaahhh...basaaaahhh..."kata adik sebaik sahaja dia sedar semalam. Aduhhh si kenit ni 'kemalangan kecil'. Terpekik-pekik saya bila nampak abang melompat-lompat atas tilam sementara saya bersihkan adik di tandas.
Kebelakangan ni, agak kerap juga adik 'membasahkan' tilamnya waktu tidur. Puas juga saya suruh adik ke tandas sebelum tidur, kadang-kadang saya kejutkan pula untuk buang air di tandas...tak larat juga kalau selalu macam ni.
Bab membersihkan 'kemalangan' ni sudah jadi perkara biasa bagi kami. Semuanya kami lalui dalam proses melatih abang tanpa 'pampers'. Melatih abang rutin tandas memang satu pengalaman yang cukup 'mahal'.
Dulu, rutin tandas abang masih belum stabil. Perlahan-lahan kemahiran tandasnya meningkat dan bertambah baik. Ketika ini, masih berbantu tapi dah jauh lebih baik dari dulu. Mujurlah saya ada 'pembantu-pembantu' yang boleh diharap. Kakak dan adik lah yang sering jadi "tukang report". Tak lupa juga sokongan daripada encik suami.
Semalam, waktu kakak pulang dari sekolah, ada berita gembira."Kakak dapat no 3 ma... " Alhamdulillah. Kelmarin, waktu kakak serahkan kertas-kertas peperiksaan yang sudah bertanda, saya katakan padanya "Agaknya kakak ni dapat no 3 kot, susah nak dapat no 1 ni...sebab tak banyak kertas yang markahnya seratus" Hah! masin mulut saya. Menyesal pulak tak sebut No.1. hehe
Baru saya teringat, hari ni ada jemputan majlis bercukur jambul di rumah sepupu. Majlisnya bermula lepas Isya'. "Seeloknya kita pergi awal..." bisik saya pada suami. Sama cadangkan untuk pergi sebelah tengahari atau petang. Hadir sebagai tanda hormat. Duduk diam di dalam majlis bukan satu perkara mudah bagi si abang.
Atas alasan itu juga, selalu saya tolak pelawaan untuk hadir majlis-majlis tahlil dan sebagainya. Saya risau karenah abang akan mengganggu ketenteraman majlis. Jadi, langkah terbaik, kami cuma akan hadir ke majlis-majlis tertentu, yang saya rasakan sesuai untuk dipenuhi jemputannya.
"La haula wala quwwata illa billah"
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuatan Allah.
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuatan Allah.
No comments:
Post a Comment