![]() |
| dari google |
Saya pernah sebut tentang Superbrain Yoga sebelum ini. Sejak 2-3 hari lepas, saya cuba ajar abang untuk melakukannya. Pergerakan abang melakukan superbrain yoga atau lebih dikenali sebagai ketuk ketampi masih belum sempurna. Setakat ni, beliau hanya mahu melakukannya dalam tempoh tak sampai seminit (lebih kurang 10-15 kali ketuk ketampi).
Senaman ini telah terbukti berjaya membaikpulih kesihatan otak dan SANGAT bermanfaat untuk golongan berusia dan mereka yang bermasalah pembelajaran seperti ADHD (hiperaktif), Dyslexia, Autisme dan lain-lain masalah berkaitan otak. Pendekata, ia sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.
Cara-cara yang betul untuk superbrain yoga:
- Dilakukan sekurang-kurangnya 3 minit sehari.
- Pergerakan ke bawah (turun mencangkung) sambil menarik nafas (inhale).
- Pergerakan ke atas (berdiri dari posisi mencangkung) sambil menghembus nafas (exhale).
- Tangan kanan memegang cuping telinga kiri, tangan kiri pula memegang cuping telinga kanan.
Katanya, apabila kita memegang cuping telinga kiri, sel-sel otak di sebelah kanan akan diaktifkan. Begitu juga sebaliknya, cuping telinga kanan dipegang untuk mengaktifkan sel-sel otak di sebelah kiri.
Saya rasa semua patut mencuba senaman ini dan melakukannya secara berterusan setiap hari. Kesannya mungkin akan kelihatan hanya selepas beberapa minggu atau bulan.
Saya rasa semua patut mencuba senaman ini dan melakukannya secara berterusan setiap hari. Kesannya mungkin akan kelihatan hanya selepas beberapa minggu atau bulan.

3 comments:
cute2...nnt blk usj, kte ketuk ketampi reramai same2 ek ;)
susah weii nak ajar teknik yang betul, esp kat Abil....pegang cuping telinga pun susah, inikan pulak nak ajar tarik & hembus nafas...takpe, takpe...tak bole putus asa...
ada orang kata ketuk ketampi memudaratkan? betul ker?
Post a Comment