Apr 26, 2010

Jom Walkathon

dari google

Walkathon anjuran Persatuan Kanak-kanak Spastik JB. Abang dan adik masih batuk-batuk. Malah, abang juga demam pada malam sebelumnya. Bagaimanapun, melihat TukMi dan TukAyah yang sama-sama bersemangat untuk larian amal ini, saya terus kejut semua anak-anak dan suami .

Acara ini lebih 'happening' daripada Autism Walk anjuran ICSA minggu lalu. Cuma kali ini, adik-adik saya yang 'happening' tiada bersama. Yang penting niat untuk memberi sokongan tercapai. Oleh kerana anak-anak kurang sihat, kami tidak berjalan kali ni, sekadar terlibat dengan acara senamrobik-nya. SANGAT best! Bukan setakat keluar peluh, stres pun hilang.

Walaupun publisiti untuk acara ini tidak meluas, masih ramai yang hadir memberi sokongan dan sumbangan. Ada wakil dari kelas-kelas pendidikan khas dari beberapa sekolah menengah, wakil-wakil daripada persatuan-persatuan OKU lain dan juga orang awam.

Rasa terharu dan sangat insaf bila melihat anak-anak, individu Istimewa dan keluarga mereka.








3 comments:

keen said...

hahaha..last pic PAPAROM tu plg cute!

cre8tone said...

meaningful..

Syahida said...

keen->betol3x :D

prince n princess mum-> thank u for ur comment :-)