| imej google |
Percutian kali ni SANGAT menyeronokkan (sepertimana percutian-percutian yang lain sebelum ini, ditambah dengan kehadiran adik beradik saya ).
Kalau nak diulas tentang percutian, sampai esok pun tak habis. Kisah-kisah di sebalik tabir.
~ Kereta Avanza kami mengalami kerosakan 'kecil'. Alkisahnya, arm tayar tercabut. Jadi, tayar sebelah kiri kami gagal untuk bergerak mengikut stereng, langsung menyebabkan kereta kami tersasar dari jalan. Mujurlah ketika kejadian berlaku, kereta berada pada kelajuan rendah (selepas membelok dan melalui jalan dalam kampung). Bayangkan kalau ia-nya berlaku ketika kami di highway. Alhamdulillah.Semua ok.
~ Jadual peperiksaan pertengahan tahun kak Dina ditunda ke minggu terakhir sebelum cuti sekolah (i.e. minggu selepas percutian kami). Terpaksalah kak Dina membawa bekalan buku-buku untuk sesi ulangkaji. Sempat jugalah dia buat latihan semasa kami bermalam di homestay. Dalam kereta pun, sempat berlatih membuat ayat (BM) dengan TukBak.
Sambil-sambil bercuti dan merehatkan minda, sambil-sambil mencuci mata dan belajar. Bercuti bersama-sama si kecil bukan perkara yang mudah, apatah lagi bersama anak istimewa. Alah bisa, tegal biasa. Semakin Abil membesar, semuanya semakin mudah.Untuk tips-tips membawa anak-anak bercuti, sila klik sini. Untuk ibubapa yang mempunyai anak istimewa, boleh juga dapatkan tips di sini.
2 comments:
Wahhh...pergi utara ye? Bestnyaa...kalau tak boleh yatie ikut balik kg..hehee...
yatie, kalau nak diikutkan, kami ni setiap tahun balik Perlis..cuma kali ni je, dah agak lama tak balik sana and first time, 'jelajah' Kedah (eceh!)...oo, orang utara ke cik yatie kita ni?? ;-)
Post a Comment