Showing posts with label Review Saya. Show all posts
Showing posts with label Review Saya. Show all posts

Dec 22, 2010

Sehari di Singapura

Makan angin ke Singapura.Negara kecil, tapi banyak tempat menarik. Singapura bersih, Singapura cantik.

JB-Singapura bukannya jauh sangat. Tapi sebab urusan Imigresen, tempoh sampai ke destinasi macam dari JB ke Melaka.

Sebelum ini, saya pernah dua kali ke Zoo Singapore (kali terakhir sekitar 5 tahun lepas). Sangat best!


Sebenarnya, hajat di hati nak pergi Universal Studio. Tapi, bila memikirkan yang sekarang ini musim cuti, mesti sesak punya. Jadi, kami tangguhkan misi Universal Studio.


Dipendekkan cerita, akhirnya kami buat keputusan untuk ke Snow City. Sebelah Snow City ada Science Centre.

Dengan bantuan GPS, agak senang mencari lokasi. Snow City tak sebesar mana. Cukuplah untuk bergambar dengan ais salji. Salji buatan manusia mana kan sama dengan salji semulajadi, ye tak? Tapi cukuplah buat anak-anak saya melepas hajat tengok snow.

Selesai di Snow City, kami bergegas mencari masjid. Mujur ada masjid berdekatan. Selepas solat, bergegas pula kami ke Science Centre.

Di Science Centre, cuma sempat meninjau-ninjau sehingga jam 6 petang. Tepat jam 6, Science Centre ditutup. Sedih, banyak lagi tempat di sini yang kami tak sempat tengok. Nampaknya kena pergi lagi.

Science Centre pula sangat menarik. Segalanya berbentuk interaktif dan pengunjung bebas mencuba apa saja. Tempatnya besar, satu jam memang tak cukup. Anak-anak saya cukup seronok.



Ok, cukup. Jom tengok gambar!

Snow City


Di Masjid (alamak, tak ingat namanya) tapi masjid ni ada reception
(hari Ahad reception tutup daaa...)



Science Centre

Tahukah anda, bahawa 'lari' daripada rutin,
makan angin dan bercuti bagus untuk perkembangan otak yang sihat?
Tak perlu ke Singapura, pergi kemana saja, asalkan luar dari lokasi 'rutin' anda.
Mesti anda akan rasa lebih segar dan stress-free.

Jun 4, 2010

Cuti-cuti Utara

imej google
Minggu lepas, kami ke utara tanahair. Objektif utama percutian; menghadiri majlis menyambut menantu (Makcik Meem, adik saya) di Kedah. Saya juga sempat singgah ke kampung suami di Perlis.


Bukan pertama kali menjejakkan kaki ke Perlis dan Kedah. Cuma, pengalaman yang agak berbeza kali ni kerana kami berpeluang 'menjejaki' bahagian-bahagian di Kedah yang tak pernah kami 'jumpa' sebelum ini.

Percutian kali ni SANGAT menyeronokkan (sepertimana percutian-percutian yang lain sebelum ini, ditambah dengan kehadiran adik beradik saya ).


Kalau nak diulas tentang percutian, sampai esok pun tak habis. Kisah-kisah di sebalik tabir.


~ Kereta Avanza kami mengalami kerosakan 'kecil'. Alkisahnya, arm tayar tercabut. Jadi, tayar sebelah kiri kami gagal untuk bergerak mengikut stereng, langsung menyebabkan kereta kami tersasar dari jalan. Mujurlah ketika kejadian berlaku, kereta berada pada kelajuan rendah (selepas membelok dan melalui jalan dalam kampung). Bayangkan kalau ia-nya berlaku ketika kami di highway. Alhamdulillah.Semua ok.


~ Jadual peperiksaan pertengahan tahun kak Dina ditunda ke minggu terakhir sebelum cuti sekolah (i.e. minggu selepas percutian kami). Terpaksalah kak Dina membawa bekalan buku-buku untuk sesi ulangkaji. Sempat jugalah dia buat latihan semasa kami bermalam di homestay. Dalam kereta pun, sempat berlatih membuat ayat (BM) dengan TukBak.


~ Kunjungan kami ke Air Terjun Titi Hayun agak menghampakan sebab air sungai agak kering akibat kemarau. Pertama kali saya tengok air sungai yang tenang bertakung kerana tak ada air mengalir. Walaubagaimanapun, sempat juga Abil dan kak Dina kelecaq-kelecaq dalam 'kolam' mini. Yang lain, posing jelah pagi-pagi. hehehe

Sambil-sambil bercuti dan merehatkan minda, sambil-sambil mencuci mata dan belajar. Bercuti bersama-sama si kecil bukan perkara yang mudah, apatah lagi bersama anak istimewa. Alah bisa, tegal biasa. Semakin Abil membesar, semuanya semakin mudah.
Untuk tips-tips membawa anak-anak bercuti, sila klik sini. Untuk ibubapa yang mempunyai anak istimewa, boleh juga dapatkan tips di sini.