Makan angin ke Singapura.Negara kecil, tapi banyak tempat menarik. Singapura bersih, Singapura cantik.
JB-Singapura bukannya jauh sangat. Tapi sebab urusan Imigresen, tempoh sampai ke destinasi macam dari JB ke Melaka.
Sebelum ini, saya pernah dua kali ke Zoo Singapore (kali terakhir sekitar 5 tahun lepas). Sangat best!
Sebenarnya, hajat di hati nak pergi Universal Studio. Tapi, bila memikirkan yang sekarang ini musim cuti, mesti sesak punya. Jadi, kami tangguhkan misi Universal Studio.
Dipendekkan cerita, akhirnya kami buat keputusan untuk ke Snow City. Sebelah Snow City ada Science Centre.
Dengan bantuan GPS, agak senang mencari lokasi. Snow City tak sebesar mana. Cukuplah untuk bergambar dengan
Selesai di Snow City, kami bergegas mencari masjid. Mujur ada masjid berdekatan. Selepas solat, bergegas pula kami ke Science Centre.
Di Science Centre, cuma sempat meninjau-ninjau sehingga jam 6 petang. Tepat jam 6, Science Centre ditutup. Sedih, banyak lagi tempat di sini yang kami tak sempat tengok. Nampaknya kena pergi lagi.
Science Centre pula sangat menarik. Segalanya berbentuk interaktif dan pengunjung bebas mencuba apa saja. Tempatnya besar, satu jam memang tak cukup. Anak-anak saya cukup seronok.
Ok, cukup. Jom tengok gambar!
Snow City



Di Masjid (alamak, tak ingat namanya) tapi masjid ni ada reception
(hari Ahad reception tutup daaa...)

Tahukah anda, bahawa 'lari' daripada rutin,
makan angin dan bercuti bagus untuk perkembangan otak yang sihat?
Tak perlu ke Singapura, pergi kemana saja, asalkan luar dari lokasi 'rutin' anda.
Mesti anda akan rasa lebih segar dan stress-free.
makan angin dan bercuti bagus untuk perkembangan otak yang sihat?
Tak perlu ke Singapura, pergi kemana saja, asalkan luar dari lokasi 'rutin' anda.
Mesti anda akan rasa lebih segar dan stress-free.
12 comments:
bestnyer jalan2. Saya pun teringin nak pegi Universal Studio tu...insyaAllah ada rezeki akan sampai jugak kami ke sana :)
mahani, jalan-jalan semestinya best :) tapi nak melancong ni mmg kna menabung dulu.
klu btl nk p USS, habaq awal2..leh bajet
keen, mmg nak pi pun, bajet2kanlah diri anda :)
Bestnya Syida. Awat tak habaq kat makcik nak pi sana?. We all jalan2 kat JB je cuti sekolah ni. Tak pi mana-mana pun. Kat Malaysia ni mcm dah tak ada tempat lagi nak pi. Nak pi belah2 pantai tak berani sbb takutkan ribut Tsunami.Makcik teringin nak pi UK. Jom kita pakat2 main kutu, kumpul duit nak pi UK. Ok tak?
makcik, tak habaq sbb sangat-sangat last minit kami buat plan ke situ. pagi tu saya survey2 di net.terus ajak ayahmi ke sana.
anak2 da buat pasport ke? pi Uk? nak sangat2, tp lama sket la nak menabung kot...hehe. nanti kita bincang psl main kutu k :)
wah..sebijik cam kat obersi.. ngan jaket tebal, ngan snow tgh turun..syoknye..
Hubby saya kalau outstation ke S'pore, ada penyakit takut nak makan..hehe.. katanya x tahu nak cari mknn yg konpem halal
Azma, dalam gambar mmg le nmpak 'gah', berjaket bagai...sbnarnya biasa2 aje.
mmg susah nak carik tmpt makan di spore...huhu
jauh perjalanan, luaslah pemikiran kita...
luas pemandangan, luaslah pemikiran...hati pun senaaaanggg..hehe :)
walaupun byk kali masuk s;pore..tapi x penah sampai sini..sadis tak..heheh
hah maya, maknanya tak khatam spore lagi la tu..hehe. takpe, lepas ni bulehla plan gi science centre ek?
Post a Comment