Pic: google
Secawan Neslo. Panas. Tanpa susu. Sesudu gula organik. Nikmat.
Hari Khamis. Sudah masuk 2 hari kakak dan adik, MC. Batuk dan selsema yang agak teruk. Alhamdulillah, demam sikit-sikit aje.
Seminggu dua ni, terasa 'liat' melakukan sesi terapi untuk abang. Biasanya saya buat sesi bersamanya setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Sabtu dan Ahad, kalau tiada program bersama keluarga atau aktiviti-aktiviti lain.
Dengan momentum yang sederhana, sempat juga saya melihat beberapa kemajuan pada abang. Contohnya, aktiviti sorting. Saya sudah mula memperkenalkan beberapa kategori padanya. Jenis-jenis haiwan, serangga, pakaian, makanan dan juga manusia. Kemahiran mengasingkan mengikut kategori-kategori ini masih belum sempurna tapi semakin baik. Bermula dengan zero, Abang kini hanya keliru dengan jenis-jenis haiwan dan serangga. Yang lain sudah boleh diasingkannya dengan baik.




15 comments:
+ Sheeda...
Aku doakan ko rajin.. rajin.. rajin.. rajin.. X 11 = 44 X dah.. Amin... + Along +
hahahaha ko mmg BIJAK long...thanx! :D
Ina pun kena rajin...tapi tak sehebat kak syida....
Hopefully ammar pun boleh fokus mcm abg Abil...
tak hebat pun ina oiii....struggle ni! Ammar pun boleh, insyAllah. try hntr dia ke kindy..pastu tgk macamana..
Smg dina & zariff cepat sembuh..
Nanti dah dapat penyakit RAJIN jangan lupa transfer kat saya ye.. :D
Azma, rajin tu 'ubat'. dah jumpa penawar nanti, saya pas kat awak ye...hehe
Dila dah order mesin laminate dengan kak zara. nanti supplier hantar...lalalala...nak meniru kerajinan kak syida nih. Satu lagi, nak behave well...pastu nak mintak hadiah printer kaler ngan en nazri
hahahaha...dila, mintak..jgn tak mintak! kita sama-sama jadi RAJIN, wokeh? :)
musim demam kan? saya pun tgh rase mcm nak demam..padahal dah 2 bulan lps berturut2 saya demam..huhu..get well soon to all!
ok..syida rajin..(44x)..:)
maya, awak tu demam psl sakan berjemba kat kuantan tuh..hehehe
thanx for the Doa :)
semoga anak2 cepat sembuh. Saya skrg ni pun semakin menjadi2 dgn penyakit 'M' nih. Jom sama2 nyahkan virus nih!!!
mahani, lama tak 'nampak'...hehe
jom lancarkan 'perang'..hehehe
mcm ne abil asingkan kad tu ye kak?
dia hafal perkataan haiwan tu or akk letak sekeping gambar dalam kotak as a guide?
ica, kena start from scratch..bermula dengan satu kategori saja. masukkan hanya 1-2 kad sebagai permulaan.kemudian, slowly increase (ikut pd progress/kemampuan anak). bila dia dah mula kenal benda2 dalam kategori tu, barulah 'test' dia dengan perkenalkan kategori2 lain (proses yg sama) kemudian, asingkan 2-3 kategori serentak.
kotak agak penting untuk anak2 yang x pandai nak susun gambar2/benda secara berasingan/berjauhan atas meja (contoh cam Abil).
boleh letakkan sekeping gambar utk permulaan.kad nama tu, sbb dia dah kenal perkataan/boleh baca sikit2, sbg guide juga.
kalau utk anak kecil cam ayesha, awak mulakan dengan mengasingkan benda dulu.
http://warkahdarimama.blogspot.com/2011/01/bila-abil-bermain-episod-6.html
tqvm.
ayesha skrg pun dah pandai sikit.
pelan-pelan kayuh :D
Post a Comment