Home Alone. Filem yang sangat popular pada awal 1990-an. Heronya, Macaulay Culkin.
Ahad lepas, Home Alone (versi JB). Kakak 'tertinggal' lebih kurang 30 minit seorang di rumah. Panik.Cemas. Tapi beliau masih sempat ber-SOS di facebook. (Note: this is actually not the right thing to do).
Itulah yang kakak tulis di status fb-nya. Adik saya yang berada di negeri lain pula, membaca status ini dan terus menghubungi saya.
"Awat si kakak minta tolong di facebook?"
Dipendekkan cerita, saya dan suami, serta adik keluar untuk mengambil si abang balik dari sesi terapinya. Tempoh keluar lebih kurang sejam. Kami tinggalkan kakak di rumah, dengan sangkaan TukMi dan TukAyahnya ada bersama dan tak kemana-mana petang itu.
Semasa di highway (dalam perjalanan balik), saya nampak kelibat kereta TukAyah di jalan yang bertentangan. Rupa-rupanya mereka keluar tanpa sedar bahawa seorang cucu sedang tidur di rumah. Salah saya juga, tak beritahu mereka.
Maka memecutlah encik suami balik ke rumah. Terang benderang rumah kami semasa saya melangkah masuk ke dalam. Rupa-rupanya SEMUA lampu rumah (bilik-bilik dan ruang depan, tengah, dapur) dibuka, langsir-langsir pula dikuak luas.
Belum sempat pintu depan dibuka, saya dah dengar raungan pelakon air mata terkemuka. Terus saya dipeluknya. Nak gelak pun ada. Kesian pun ada. Tapi saya tak sengaja.Alhamdulillah, semua ok. Belum sempat maghrib, kami dah balik.
Adik sempat berpesan dengan saya "Lain kali adik tak payah ikut mak, biar adik temankan kakak. Adik berani. Adik boleh jaga kakak."
hahaha.
12 comments:
adik jar...U R THE BEST!!! cayalar..dinot, hmmm...rsnyer antara ramai2 dlm famili ni la anak dara plg kuat 'banjer' even da nk msk umur 10thn..kehkehkeh..xpe2, slow2 she's gonna grow up being a strong person..insyaAllah. Mujur mokde ni tgk fb time tu kan ;D
keen, i rephrase ur statement 'Mujur mokde ni tgk fb sepanjang masa...' hehehe..
bijak anak dara ni, walaupun pelakon air mata ;p
hehe...alahai comelnyer, kak dinot nmpak cam gagah je rupanyer cewek gak eh ;)...mokdenyer bukan ke 24 jam mmg depan fb, nasib baik..hakhakhak
Farah->dinot ni luaran je 'gagah'..rupa2nya the Queen of all ceweks...hahahaha..mujur la anak perempuan akak sorang je (buat masa ni)..kalau tak, pengsan mak! :D
cam syida ckpla..nak gelak ada, kesian pun ada. Nasib baik otak geliga cari penyelesaian wpun pastu jd pelakon ar mata..:)
tulah azma,terkejut juga bila dgr dia minta tolong di fb. air mata tu mmg wajib, perempuan lah katakan :)
siannya kak dina, accidently home-alone. Apa2pun afundi zarif: ala2 hero kenit penyelamat dunia gitu :) (auntie airan)
Auntie airan, hero kenit penyelamat dunia?? hahaha i LIKE!! :D
saya plak nervous bila baca.. adehhhh..sib baik belum malam lagik..*teringat saya pun penah kene tinggal dlm umah*..seb baik, abah bilang anak die tak cukup dlm kereta..heheheh
maya, saya tak la nervous sgt masa adik call & bgtau psl dina, sbb sy tau depan rumah tu, petang2 ramai orang..main bola..tapi takut jugak, di celah2 keriuhan tu kan, anak pompuan lak tu, la ni..macam2 boleh jadi.
ini anak baru 3, sudah tertinggal sorang..kalau ramai, ntah camana..hahaha
ade sekali tu ica pegi "ngeteh" dgn abg jijie kat kedai depan naik kereta ica. dalam hati budget ibu akan bawak insyirah balik rumah dia dulu bila nampak kami takde
rupanya ibu fikir ica belum balik keje, abang jijie ade kat dalam rumah dengan ayesha.
sampai je kat gate rumah, nampak insyirah dengan mata merah. bila peluk dia, terus menangis sedih. dia kata mama tinggalkan kakak.
nasib baik cuma lambat 5 minit.. hehe
Post a Comment