Secara am-nya, kanak-kanak sangat suka painting. Bila saya buntu dan tak tahu nak main apa dengan abang (dalam sesi terapi), kami 'layan' cat air. Messy Play. Ya, memang comot tapi ia aktiviti yang sangat praktikal (untuk berseronok dan meredakan stres).



Praktis yang bagus untuk kemahiran motor halus. Memegang berus cat tak sama dengan memegang pensil. Kemahiran mewarna dengan cat air juga perlu untuk menyiapkan tugasan seperti ini. Sebahagian bentuk-bentuk segi empat, hati dan daun dilukis oleh abang, ada beberapa yang saya lukis. Paling saya suka bila abang lukis urat-urat pada daun.
Kakak dan adik pun nak juga. Tengoklah tu.


No comments:
Post a Comment