Mar 13, 2011

Cerita Mat Bunga

Untuk sesi saya bersama abang hari ni, kami buat kraf bunga. Macam biasa, idea sempoi yang ringkas dan mudah.

Saya tahu abang suka 'main' gunting. Jadi, setiap aktiviti kraf kami, dia memang 'layan' . Sebelum ni, anak-anak saya pernah buat kraf ini dan ini. Kali ni, buat bunga pula.

Yang ketara sebulan dua ni, saya perhatikan abang dah boleh duduk membuat aktiviti kraf untuk jangkamasa yang lebih lama.

Dia lebih relaks dan tak terburu-buru. Boleh menunggu hingga selesai semuanya. Biasanya, dia boleh fokus untuk 15-20 minit untuk satu-satu aktiviti kraf. Saya pula, tak boleh ambil kesempatan dan 'tamak'. Kebanyakan sesi saya masih pendek-pendek dan dilanjutkan tempoh sedikit demi sedikit supaya abang tak rasa 'dipaksa' dan tertekan.

Misi paling utama dalam setiap aktiviti; enjoy.


Gunting. Colour. Tampal.

Oh ya, bahan-bahan:
manila kad/kertas warna, gam, gunting, krayon, batang lidi, selotape.

Saya suka tengok hasil guntingan abang kebelakangan ini. Makin perfect :)


Cantik kan?


Flowers always make people better, happier and more helpful.
Flowers are sunshine, food and medicine to the soul.
~Luther Burbank


10 comments:

Edi said...

cantiklah abil! pandai.. kemas pulak tu.. congrats mama syida!

shogun_na said...

wah..wah...seronoknye mak ngah tgok...huhuhu....Ammar focus bila music session tp lain2....sat aje...

keen said...

yay...blk usj mokde bg abil lolipop choc ek ;)

maya amir said...

thanks for the tips syida.. i nak try kat airell plak..kdg2 die tu tak dok diam.. buleh dipraktikkan mcm ni:)

Lenny said...

good job abil!!!!! cantikk..nanti buat byk2 pastuh tampal pastuh post kat untie tauuu... nanti untie reply.. meh kita main antor2 surat cam zaman dulu2..:D

Mahani@mama homeschool said...

Cantiknyer!!!
bestkan bila dpt buat aktiviti cam ni ngan anak2.

Syahida said...

salam semua, so happy to c all comments ;)
edi: mmg Abil dah makin terer menggunting...seronok tengok..
ina: layankan aje kalau dia suka music session..as long as dia enjoy...dia pun kecik lagi..

Syahida said...

keen: melompat2 la abil seminggu ni..nak muntah coklat dah ni...hehe
maya: as usual, idea bidan terjun hehe...airel fokus kat aktiviti genre lain kot :)

Syahida said...
This comment has been removed by the author.
Syahida said...

Lenny: amboiiii..amboiii..ni misti dulu selalu layann surat chenta ni..hehe
mahani: mmg best pun, sy pun byk dpt idea/inspirasi drpd mahani :)