Mar 13, 2011

Waktu Belajar

Malam yang agak produktif bagi kami. Satu jam saya habiskan bersama-sama mereka. Bergilir-gilir membaca, menulis dan mengira. Selalunya sesi 3M bersama abang, saya buat di sebelah petang. Giliran adik pula, biasanya di sebelah pagi (itu pun tak konsisten). Kakak pula, lebih banyak layan diri.

Mengejar misi 'pandai membaca' untuk abang dan adik, saya buat sedikit sesi ejaan untuk mereka berdua. Oh ya, saya buat sistem rotation malam tadi. Sangat sesuai untuk mereka yang kena layan anak hiperaktif dan bukan hiperaktif serentak. Setiap 5-10 minit, sesi bertukar di antara abang, adik dan kakak. Seperti biasa, abang dapat masa tambahan.

Tulisan abang. Boleh tengok di sini dan sini. Masa tu, abang lebih banyak menulis perkataan-perkataan yang dihafalnya. Kali ini, saya sebut perkataan/frasa dan dia TULIS. Seronok! Saya tahu dia dah boleh menulis. Menariknya kali ini, dia sudah boleh mengeja dan membaca perkataan-perkataan yang mudah.



Ya, abang dah ada asas 3M. Bab mengira sedikit lambat berbanding yang lain (takpe, pelan-pelan kayuh). Bila membaca, memang dia boleh sebut (tapi suaranya masih agak perlahan).Tak apalah, kena terus bagi sokongan. InsyAllah, lama-lama nanti, dia akan lebih yakin dan selesa membaca. Kelancaran saya beri 7/10. Ejaan 10/10 (setakat ini). Sekarang sudah hampir khatam buku 4 (Set bacalah Anakku). Ada 4 lagi sebelum habis semuanya. 




Adik pun kena 'test' juga. Tapi yang senang sikit lah. Eja sukukata saja dulu. Tak jauh ketinggalan daripada abang. Sekarang di Buku 3 (Bacalah Anakku).

Kakak? Saya buat sedikit latihan karangan dan pemahaman. Kalau nak tahu, banyak-banyak subjek, subjek BM ni yang beliau agak 'perlahan'. Lain-lain ok.


"kan best kalau setiap malam mak ajar kitorang macam ni."
"Mak ada kelas lah kakak oi. Malam ni, boleh la."




4 comments:

YatieJay said...

Alahai....kan bagus kalau syahida ada dekat2 dgn rumah yatie. Boleh Naufal join the fun sebab umminya agak m.a.l.a.s nak buat benda2 mcm ni kat rumah. Bad me!

Syahida said...

alahai yatie, sekali sekala buat mmg la nampak macam r.a.j.i.n hehe..kalau dok rumah sebelah, anytime naufal leh join..hehe

maya amir said...

wahhh clap clap for abil:)) kalau syida dekat, buleh anto anak2 tusieyn..

Syahida said...

maya, meh kita semua pakat2 dok setaman..hehe