Mar 13, 2011

Hikayat si Adik


Adik, assistant tak rasmi saya (selain kakak) yang sentiasa 'bekerja' tak kira masa, tempat dan suasana (selagi dia tak tidur). Umur pun dah nak masuk 5 tahun, walaupun fizikal nampak macam baru 3 *hehe.

Saya kira, adik ni sangat bertuah. Banyak perkara yang saya tak sempat buat bersama kakak (masa tu, selalu kalut dengan abang), saya berpeluang buat dengannya. Banyaka benda yang saya buat dengan abang, saya buat juga dengannya, sebab dia selalu bersama saya (terutama di waktu pagi). Banyak juga beraktiviti dengannya, sebab sekarang saya lebih tahu dan ada lebih banyak alat bantu mengajar (berbanding dulu). Banyak juga perkara yang saya tak dapat buat dengan abang, saya buat dengannya (mode 'balas dendam' *hehe).

Yang saya suka tentang adik ialah, dia selalu bagi saya idea aktiviti untuk saya buat bersama abang (secara tidak langsung). Jadi, bila saya 'mati' idea, saya selalu perhatikan bagaimana adik (mahupun kakak) bermain/membuat aktiviti.

Dulu, sebelum adik mencecah umur 3 tahun, memang saya rasakan mencabar sungguh membesarkan abang dan adik serentak. Alhamdulillah, sekarang baru saya nampak 'hikmahnya'. Perbezaan tiga tahun di antara adik dan abang sebenarnya tak begitu ketara. Dari segi perkembangan, mereka sebenarnya kelihatan sebaya. Kalau ada perbezaan pun, tak banyak.

Hero sorang ni, sangat suka melibatkan diri dalam semua sesi aktiviti saya bersama abang, samada di depan atau di belakang 'tabir'. Antara 'kerja' yang dia selalu buat (semasa menemankan saya membuat flash card/lain-lain untuk abang) ialah projek keras tangan krafnya yang 'macam-macam ada'. Tukang 'perabih' selotape, gam dan kertas ni memang agak kreatif dan produktif. 



"ini zirafah! zirafah pakai pedang" (gambar no.2)

"Ini gambar raksasa...."


Harta karun saya yang selalu kena 'gali' oleh adik.


acah-acah Ben10 hehe

Buat homework.

6 comments:

YatieJay said...

Kreatif sungguh Zarif ya...tak sangka dia boleh 'merekacipta' jam ben10. Mintak zarif buat satu utk naufal, sebab naufal dok mengecek jam ben10 dari dulu tapi saya bolayan (mahal sgt!)...heheeee....

Syahida said...

yatie, lama tak 'nampak' :)
yg dia innovate tu, jam ben10 cap ayam haha...macam2 di tokok tambahnya..jam ben10 ori mmg MAHAL daa...hehe

maya amir said...

zarif umo 5 tahun ek syida? baya airell ek? buleh jadik geng laa ni.. die sekolah kat mana nanti?

Syahida said...

maya, mmg sebaya dua hero ni..x sure lg nak sekolah kt mana...dah kna register ke? sekolah ngan abg daniel buleh? :)

shogun_na said...

wah...zarif boleh la kawan dgn Ammar...ammar pon kecik jgk...Hehehe... Pon minat Ben10..kalau bab2 lawan, serah aje aksi darinya.

Once sweet time, kalau dpt bertemu,tgok mcmana dorang communicate lagi2 si Ammar...

Syahida said...

ina, boboy mmg crazy la ngan ben10 ni. even abil yg nampak mcm buat x kisah dgn ben10 pun, sekali sekala nmpak dia buat aksi pakai jam tu...hehe.

yelah, bila nak tgk bebudak ni kumpul2 kan...jumpa sat2 je :)