


Pergerakan abang ketika solat masih belum sempurna. Tapi dia dah mula buat dengan 'rela hati'. Dah boleh menjadi 'makmum' tanpa kami memberinya arahan di sebelah. Bermula dengan 1 rakaat, 2 rakaat dan akhirnya 4 rakaat, beliau ok.
Tapi adatlah, ala-ala anak 4-5 tahun bersolat. Orang lain membaca surah, dia menyanyi. Lagu-lagu dalam cerita Shrek, lagu-lagu yang dipelajarinya di sekolah, semua kedengaran ketika dia bersolat. Bila berdiri juga, kadang-kadang tegak, kadang-kadang macam ulat bulu (tapi masih di dalam saf). Kepalanya kadang-kadang toleh kiri, toleh kanan, tapi masih mengikut setiap pergerakan imam. Bukan senang untuk sampai ke tahap ini.
Fasa 'main-main dan keluar daripada saf' ketika jemaah lain masih bersolat biasa berlaku(sebelum ini). Hukumannya (ya, kami akan denda dia), dia KENA bersolat semula dari A-Z dengan kami (saya dan ayahnya) duduk jadi 'pengawas' di tepi. Sambil marah, sambil menangis dia 'dihukum'. Tapi denda TETAP denda. Sekarang, kami sudah mula ajar dia berwuduk. Tapi, kami bantu sepenuhnya. Beliau masih belum boleh meniru pergerakan wudhu dengan baik.
Banyak lagi yang perlu diajar. Bacaan-bacaan wajib dalam solat juga mesti diperkenalkan. Kemudian, kalau sekarang dia hanya solat 1 atau 2 waktu dalam sehari. Akhirnya nanti, mesti 5 waktu sehari. Target kami, abang boleh dibawa bersolat Jumaat di masjid dalam masa setahun dua akan datang.
7 comments:
sedihnya nengok...
alhamdulillah
Alhamdulillah..mudah2an terus dipermudahkan urusan melatih Abil. Amin
HEBATNYA....terharu mak ngah baca... Kak syida, hebatnya kalian berdua.... (mode meleleh)
ina, susah jd ibubapa ni...tanggungjawab BESAR...mak takuttt..huhu
Salam K Syida. Alhamdulillah, sejuk mata memandang Abil solat di sisi Ayahnya. I totally agree with you, kanak-kanak autisma boleh DILATIH untuk buat macam-macam. Faris setakat ini sudah boleh meniru gerak-geri solat tanpa bantuan, tapi cabaran terbesar apabila Ayahnya membaca Surah Fatihah. Dia akan ambil peluang untuk 'tawaf' Ayahnya :D Harap-harap Faris akan ikut jejak Abg Abil nanti, mengerjakan solat dengan penuh berdisiplin. Amin..
Wa alaikum salam sophia, Alhamdulillah. susah nak sampai ke tahap 'berdisiplin' ni...itu pun masih belum cemerlang lagi.masih goyang sana sini, cuma tawaf2 tu dah tak adalah..hehe..bacaan dalam solat pun masih belum mula lagi. insyAllah pelan2 kayuh...gud luck to u & faris also. :)
tiada susah jika kita mengikut ajaran sunnah.
1.Makanan kita hendaklah mengikut sunnah. Jangan ada syubahah/haram
2.Persekitaran perlu jua ikut sunnah.
3.Doalah tika mana manusia sedang nyeyak tidur(malam hari)kerna tika itu doa2 yang ikhlas diterimaNya.
4.Perbayakkan baca al-quran. Kerna al-quran adalah syifa.
5.Hentikan melihat atau melakukan perkara lagha. kerna itu akan menjauhkan dariNya.
Sedang anak itu adalah amanah dariNya.
Wallahualam....
Post a Comment