Apa yang 2 x 5 ni?? Hah, ni kisahnya. Anak Autisme saya, si abang memang hiper. Graf hipernya 'memuncak' sekitar umurnya 2-4 tahun. Semakin dia membesar (sehingga sekarang dah pun 8 tahun), hiperaktifnya semakin berkurang dan terkawal. Masih aktif tapi dah boleh duduk diam lebih dari 10 saat. Tak macam dulu. Sesaat pun saya tak boleh duduk sebab mengejarnya.
Sebenarnya, anak-anak BUKAN autisme pun 'hiper' juga. Saya lihat sendiri pada anak-anak saya. Selalu saya perhatikan. Kelmarin sempat saya snap gambar kakak dan adik 'ligat' semasa kami berbelanja barang dapur. Notis: Kecuali 1-2 gambar, selebihnya adalah gambar candid.
Saya risau sebenarnya bila mereka berdua ni lari sana sini dalam pasaraya ni. Sekarang ni, dalam hipermarket pun boleh hilang. Leka sesaat, menyesal tak sudah nanti. Penat juga saya panggil. Letih juga mengejar. Tapi, mereka tak makan saman. Sesuka hati berkeliaran. Bila dah ke depan, langsung tak toleh belakang. Haih
Kesimpulannya, kebanyakan anak-anak memang semulajadi aktif. Cuma, yang terlebih aktif tu, kenalah ibubapa/penjaga cari jalan untuk mengawalnya.

Kadang-kadang, saya pun hairan bin ajaib bila tengok atuk-atuk jalan-jalan dengan cucu. Saya rasa lebih KAGUM lagi bila tengok atuk-atuk 'babysit' cucu hari-hari. Saya yang 30an ni pun tercungap, inikan pulak atuk-atuk ni kan?
6 comments:
selamat hari isnin! hehehe
mmg kagum tgk atuk2 dan wan2 yg jaga cucu... takleh imagine kalau atuk dan wan faaeq jaga faaeq.. hahhaha
edi, i teringat ms Abil kecik2 dulu(umur faaeq sekarang)..fuhh memang PENAT. kalau atuk2/wan2 yg jaga...buleh pengsan kot :)
airell aktif die lebih sket dari danial..kdg2 pelik gak, tenaga derang ni tak penah berkurang..mak die ni jugak yg makin mandom..heheheh...
maya, budak2 ni mmg macam ada kuasa kuda tau! heran mak...mandom eh? leh la kita geng..hehe
sy sgt berminat....thanks for the link....Ammar dan Farzana, normally, kami letak dlm trolly, lately nie je Ammar suka jln dan pegang tgn...
ina, Abil dan zarif yg dah 'tua' ni pun biasanya dok dlm troli..bila terlepas dari troli, inilah hasilnya ;p
Post a Comment