Jul 31, 2011

Bila Abang berkata-kata (Episod 2)

dari google

Dia belum cukup petah berkata-kata, juga belum cukup ramah berbual mesra. Dalam banyak perkara, bercakap dan berkomunikasi antara yang masih belum dia kuasai. Bermula dengan perkataan pertama pada umur 4 tahun, bertambah sepatah lagi pada umur 7 tahun dan kini, tiga patah perkataan pada umur 8 tahun, subjek komunikasinya masih perlu di-polish lagi dan lagi.

Kebelakangan ini, dia suka menyebut "Tak Nak!". Dulu, dia hanya tepis tangannya tanda tidak mahu. Dulu, dia cuma menolak (dengan tangan atau badan) tanda tak suka dipelawa. Sekarang, semuanya "Tak Nak!"

Menariknya, walaupun mulutnya berkata "Tak Nak!", dia masih patuh. Dengan syarat, anda tidak terus menyerah selepas menerima jawapannya. Biasanya selepas 3 kali mengulang arahan atau soalan, dia akan buat apa yang disuruh tanpa tantrum, tanpa banyak karenah. Alhamdulillah.


4 comments:

Mommy Ummar said...

Ameen...

betul tu Syida. bila anak2 kita yg bersuara emas ni berkata-kata, walaupun sikit/pendek je, tp kita rasa mcm di awang-awangan, hanya Allaah yg Mengetahui..

Abil suka babling tak? or dia mmg pendiam?
my Ummar ni bising mulut dia, kdg2 dlm keta travel mana2 jauh sikit, mmg dgr dia "bercakap" je all the way, can u imagine, dia mcm x penat. tapi masalahnya kitorg tak faham apa yg dia ckp. ada la sikit2 yg saya faham sbb i can relate his sentences he normally copied fr TV, pastu suka nyanyi jgk haha tapi berterabur la cuma tunes tu kita tau it's a song. hehe...

takpe, kita teruskan usaha. :)
salam Ramadhan

Syahida said...

ery, the babbling phase peaked b4 he got his first words. now masih ada babbling tapi much reduced. sekarang more to echolalia but i am trying to control it and make him switch to a normal speech & conversation.

gud luck to both of us :)

Dila Si Mama Dzariff said...

babling dzariff still on walau pun dah dapat first, second and so words. aku pun tak paham...kadang2 nama budak pompuan yang dia duk repeat...tadi hannah, wati, ani,....ramai betul aweks dia. sekarang dah start echolalia tapi kadang jelas bunyinya kadang bunyi yang belakang aje....haih...chaiyok boys!!

Syahida said...

yes dila. chaiyok!!hehe
any kind of sound yg dorang buat is a GOOD sign. at least we know they r verbal cuma nak kena rajin coach supaya semua nama2 aweks itu menjadi perkataan yang sebenar2nya dan boleh difahami,kan? :-)