Cinematherapy bersama Harry Porter sudah. Sibling therapy pun sudah.
Seminggu yang lepas berjalan lancar Alhamdulillah. Kecuali adik yang agak kerap demam, batuk dan selsema 2-3 minggu kebelakangan ini, yang lain semuanya ok. Ramadhan dah hampir tiba. Saya harap adik akan terus pulih kerana anak 5 tahun ini juga bakal berpuasa, sekalipun cuma separuh hari. Kawan-kawan, la ni dah ramai anak yang mula berpuasa penuh seawal 4 tahun. Saya kagum.

Semalam, sempat saya pergi menyibuk-nyibuk di seminar ini A Journey to Understanding Your Child's Handwriting, anjuran Inde Brain, kelolaan Syikin (Occupational therapist abang).
Seronok. Jumpa kawan baru. Belajar ilmu baru. Saya suka. Rasanya kali terakhir saya hadir program sebegini ialah hujung tahun lepas sehingga awal tahun ini. Saya hampir-hampir tak dapat pergi. Sekali lagi encik suami jadi 'hero'. Walaupun dia bekerja shif malam dan biasanya tidur di sebelah pagi. Semalam, dia korbankan tidurnya untuk jadi babysitter saya. Saya pula terpaksa korbankan hasrat untuk hadir program sepanjang hari sebaliknya cuma datang di sebelah pagi saja. Kebetulan, adik tak berapa sihat. Tak apalah, yang penting dapat juga belajar sedikit. Taklah rugi 100%.
Terlalu banyak yang saya nak cerita pasal seminar semalam. Dipendekkan cerita, tajuknya mungkin kelihatan remeh. Tentang Handwriting. Tulisan. Tapi pengisiannya jauh lebih BESAR dan PADAT daripada yang kita sangkakan.
Kepada anda dan anak-anak yang pandai dan boleh menulis. Samada tulisan cantik mahupun buruk. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kebolehan menulis itu satu NIKMAT. Ia bukan satu kemahiran remeh. Sebaliknya, di sebalik kemahiran dan kebolehan itu, ada 1001 punca, kesan dan alasan tersembunyi.
Tidak mahir dan tidak pandai menulis mungkin satu petanda kepada kekurangan-kekurangan lain di dalam sistem otot, sensori dan juga otak. Yang kita nampak pada mata kasar hanyalah sekadar jari-jari dan pen atau pensel yang dipegang.

"A round of applause for all the parents of special children who are here today. It takes a special parent to raise a special child. Only Allah knows the pressure, the pain and the challenges that you go through each and every single day."
Clap clap clap. Ahli seminar yang seramai lebih kurang 20 orang bertepuk tangan mendengar kata-kata puan speaker. Bunyi tepukan yang tidak gemuruh tapi dah cukup buat saya sebak dan terharu.
7 comments:
Assalamualaikum Syida,
menarik nya u dpt pegi talk mcm ni.. guess wht, i tak pernah attend any talk psl autism or any related. huhu teruknya saya.
nnti kalau ada lagi mcm ni bley bgtau i tak? tht one yg u mention tis coming sept kat UM tu, mcmana i nak join?
terima kasih byk2...oh btw, sy dpt blog link from other blog yg autism related. my son pun autistic, speech delay and belum bley menulis / membaca. tis mommy kn byk buat homework lg and korek2 ilmu. harap2 dpt belajar dr other mommies too..
have a good weekend :))
salam
wa alaikum salam ummu Ummar,
salam ukhwah. being a mummy, hving extra knowledge and expertise would certainly be a bonus, although the pocket might hurt haha. just leave me ur email. nanti kalau ada info, saya bagitau k.
yup2 agree. :)
u may drop a note at my email or my facebook.
email : erykumagai@gmail.com
FB : Ery Kumagai
thanks alot. jazakaAllaahu khairan
hi ery sayang, and hi to tuan tanah yang sexy,
wahhhh...pegi tak cakap ekkk....hihih...actually dila malas pegi sebab dzariff belum sampai stage berhandwritting, tulis satu-satu huruf bolehla...tu pun kejap2 kena jentik tangan dia...(mama memang jaki dzariff nak berangan pun tak kasik). yang UM tu syikin dah bagitau, tapi nak amik 2 days leave in a row+dekat dah ngan exam, haihhh takut nak ngadap boss besar.
aloo dila, i pun last minit baru ckp nak pegi dengan syikin.b4 that, dok 50-50 sbb risau budak2 takde sape nak tunggukan. eh, bila dah start pegang pensel tu dah kira skill menulis la tu..aiya..kalau lum pegang pun x salah belajar dulu, senang la nanti nak ajar dzariff. anyways, i am sure syikin will guide u anytime.
Terharu sat baca post ni..hehe..terharu aje..
tp bagusla.. dpt luangkan masa utk tmbh ilmu..bkn utk kita aje, anak2 pun dpt manfaat (special maupun tak).
Syida join ke yg kat UM tu nanti? Saya pun blum pasti lagi.. Ada yg ajak jd AJK, ada yg mintak bagi sedikit talk sbg testimoni liptrainer tp saya dah tolak.. 1st sbb masa tu dah start kelas balik, 2nd, saya tak boleh bercerita direct dgn org ramai ttg hasif.. hujan lebat selebat2nya...huhu.. kalu syida g, saya akan pastikan saya join jugak..boleh kita jumpa.. :)
Azma, jom!! leh kita ber-conference sama2. menarik ni. kalau da confirm nanti kita calling2 eh :)
Post a Comment