Mengharapkan kefahaman tentang puasa, ramadhan dan kewajipan kepada Tuhan datang sendiri pada anak autisme, ibarat menunggu kucing bertanduk. Umpama menunggu buah tak jatuh-jatuh. Ibubapa terpaksa menjadi kreatif, proaktif, inovatif dan positif.
Ya, memang susah. Kalau anak bukan autisme boleh faham dan berpuasa sekadar kita menerangkan sekali dua, anka autisme pula perlu diterangkan berkali-kali dengan pelbagai cara. Tidak ada visual untuk mengungkap makna puasa itu. Tidak ada gambar yang boleh menerangkan apakah Ramadhan itu. Tetapi, jangan biarkan ini membantutkan usaha anda untuk melatih anak autisme anda berpuasa. Mereka akan terus menerus membesar.
Satu hari nanti, abang akan jadi orang bujang.
Hari ini rekodnya berpuasa mungkin sekadar mencecah jam 4-5 petang. Umurnya 8 tahun. Kalau anak-anak lain, berpuasa penuh cukup 30 hari pada umur 5-6 tahun mungkin semudah memetik jari. Tak apa. Yang penting, ada usaha, ada inisiatif. Kena teruskan melatih. Slowly but surely.
Tahun ini, saya rasa sedikit lega. Abang dah mula faham konsep puasa. Tahun lepas hanya separuh hari. Masuk jam tengahari, sudah mengamuk-ngamuk lapar dan haus. Tahun ini beliau lebih steady. Walaupun tidak kedengaran skrip ini, "Ma, sekarang dah pukul berapa?" atau "Ma, lambat lagi ke?" tapi dia tetap bersuara. Seawal jam 10-11 pagi, "nak biskut." atau "nak nasi.". Tunggu. Abang puasa. Tak boleh makan dan minum. Itulah jawapan saya. Dia hanya diam. Sesekali senyum sengih. Faham ke? Mungkin, sebab dia tak membantah sebaliknya diam, tanda redha dan boleh menerima.
Self-modelling. Sejak dia mula belajar berpuasa tahun lepas, saya jadikan kakak, ayah dan saya sendiri sebagai contoh. Tak makan dan minum di waktu siang. Bila azan maghrib berkumandang, barulah masing-masing berbuka. Maksud sahur dan berbuka memang sukar diterangkan secara terperinci kepada abang. Tapi saya tahu, lambat-laun beliau akan faham juga, insyaAllah.
Saya sendiri selalu rasa buntu. Macamana nak jelaskan. Bagaimana nak terangkan. Kadang-kadang saya guna approach 'redah aje'. Redah bukan sebarang redah, redah dengan DOA sebagai senjata. Kalau anda tak jemu berdoa, Tuhan juga tak jemu mendengar dan pasti memakbulkan.
Setakat ini, target saya supaya abang berpuasa 3/4 hari sudah tercapai. Tapi belum cukup konsisten. Oleh kerana abang masih dalam fasa belajar, saya ikutkan juga rentaknya. Melatih anak ni, ibarat tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak. Sahur tetap dikejut, puasa tetap puasa, daripada hanya 2-3 jam tahun lepas, sehinggalah 8-10 jam tahun ini. Cerita-cerita anak autisme yang berjaya belajar berpuasa saya jadikan inspirasi.
Bagi saya, umur ideal untuk mula melatih anak autisme berpuasa ialah sekitar 6-7 tahun ke atas. Untuk permulaan, biarlah misi kita sederhana saja. Jangan tamak. Beri mereka masa dan peluang. Ibubapa adalah juri terbaik untuk anak-anak mereka. Anda lebih bijak menilai kemampuan sebenar anak-anak anda.

Masih ada lebih kurang 24 hari lagi untuk kita berpuasa tahun ini. Baru 6 hari, tapi sesekali saya tercungap-cungap mengejar abang berlari sambil memeluk biskut dan roti. haha. Penat juga jadi 'jaga' peti sejuk. Penat. Letih. Tapi senang hati. Anak autisme saya belajar berpuasa tahun ini tanpa tantrum, tanpa marah maksimum. Cukup relaks dan tenang. Setenang gambar-gambar di bawah.
Menunggu roti bakar siap untuk 'berbuka'.Inilah tempat saya dan abang 'bersilat' sebelum waktu 'berbuka-nya'.
hehe

2 comments:
nak cuba didik Ammar berpuasa tp di tadika agak sukar sedikit...Kanak2 berumur 4tahun tdk digalakkan berpuasa krn kanak2 ini sibuk bermain dan berlari2...Hmmm...tahun dpan la gamaknya..but i still need ur advice... ;)
Kalau tips potty train dr kak syida ina berjaya lakukan, takkan la puasa ina tak mampu didikkan... ;) Now turn Farzana utk potty, bila nak start? Masih menjadi tanda tanya......
ina, baru 4 tahun masih kecik sangat tu. tapi dah boleh la start sebut2/cerita kat dia psl puasa. supaya dia familiar. 5 tahun pun pada akak, masih awal. 6 tahun kira oklah. dah boleh start puasa separuh hari. lain anak, lain approach. yg penting, kita jgn paksa. start will small steps. time anak kecik2 lg, posa 3-4 jam pun dah ok. lepas tu baru naikkan sikit2.
Farzana dah nak masuk 3 tahun ke? kalau dia nmpk dah ready, bolehla mula. tapi tulah mama-nya kena 'bersedia' juga, kan?
Post a Comment