Episod pertama di sini.
Kali ini, fokusnya kepada adik , seorang anak tipikal, bukan autisme. Tapi kadang-kadang 2 x 5! Apa kisahnya?
Dia lambat bercakap. Sehingga umurnya 4 tahun, dia hanya babbling. Nyaris-nyaris saya hantar dia ke speech therapy/integrasi sensori/occupational therapy. Alhamdulillah. Sebaik saja masuk sekolah, pertuturannya terus berkembang. Daripada babbling ke pelat. Daripada pelat, terus lancar hingga tak tahu berhenti.
Ya, speech delay memang biasa di kalangan anak autisme. Tapi speech delay juga berlaku di kalangan yang bukan autisme. Walaupun bermasalah dari segi bahasa dan percakapan, adik tiada masalah komunikasi. Sentiasa respon. Selalu memberi eye contact. Datang apabila dipanggil. Bermain dan berimaginasi dengan baik. Faktor-faktor ini membuatkan saya tidak terlalu risau. Hanya lambat bercakap.

Lihat bagaimana adik menyusun objek-objek di atas. Salah satu ciri tipikal kanak-kanak autisme, suka menyusun objek secara melintang begini (lihat gambar bawah).
Bukan sekali dua adik menyusun objek begini. Selalu juga. Malah lebih kerap daripada abang. Saya pernah lihat situasi yang sama pada abang. Waktu dia berumur 2-3 tahun dulu. Sekarang, dah lama saya tak tengok abang buat begini. Yang selalu susun-susun objek, si adik. Menariknya, untuk beliau, setiap susunan ada jalan ceritanya. Macam-macam versi, tak larat nak cerita di sini.
Masihkah anda ingat lagi, kegilaan abang pada Shrek dan Nemo? Kalau tak ingat, boleh baca sini. Itu obsesi si abang. Adik pula obses pada filem animasi ini.
Masihkah anda ingat lagi, kegilaan abang pada Shrek dan Nemo? Kalau tak ingat, boleh baca sini. Itu obsesi si abang. Adik pula obses pada filem animasi ini.
Adik sangat SUKA A Bug's Life. Kalau abang tonton Shrek dan Nemo setiap hari, adik pun 2x5. Serangga-serangga comel dalam dunia Bug's Life cukup diminatinya. Cuma mungkin obsesinya kurang sikit sebab aktiviti adik di rumah lebih variasi. Kalau abang, kalau dah suka, memang itu saja yang dihadapnya pagi, petang, siang, malam kecuali bila ada campur tangan kami supaya dia beralih ke aktiviti lain.
Kesimpulannya, Yang Autisme dan Bukan, 2 x 5.

4 comments:
Kuikuikuiiii....comel zarif...susun jangan tak susun. tu dalam almari, susun baju pulak. sure mak suka hati
aunty dila, mmg kuat menyusun budak ni. yg dlm almari tu, biasa gak dia susun. tapi dia kuarkan yg dalam almari, susun luar almari...Grrrr ;p
alahai..rajinnya menyusun.. meh susun mainan kat umah acik ni.. abg & kakak kat sini sama ngan adik hasif kejenya menyepahkan barang je..huhu..
Azma, susun2 tu, menyepah versi zarif. bila disuruh simpan mainan, ada je alasan dia..adehh..
Post a Comment