Apa ceritanya?
Gigi tunggul si abang akhirnya berjaya dicabut. Tanpa bius. Tanpa suntikan. Tetapi hanya selepas 4 kali lawatan ke dentist. 4 orang untuk memegang abang di kerusi dentist dan RM10.
Gembira. Kalau ada perkataan lain yang LEBIH gembira daripada GEMBIRA, maka itulah apa yang saya rasa semalam. Suka. Lega. Syukur.
Sebelum gigi tunggul itu berjaya dicabut, saya rimas tengok abang yang suka mengorek gigi tunggulnya itu dengan jari. Melihat abang yang selalu menolak-nolak gigi tunggulnya itu dengan lidah. Melihat abang yang kurang comel dengan gigi tunggul yang sudah hitam, rosak dan tajam. Melayan pula pertanyaan dan komen-komen orang sekeliling tentang giginya itu setiap kali mereka melihat beliau.
Semalam, saya bersyukur ditemukan dengan doktor gigi (yang saya sendiri tak sempat bertanyakan namanya kerana terlalu teruja). Nama kliniknya, Klinik Gigi Aspalela. Mungkin nama doktornya Aspalela, mungkin bukan.
Kagum. Doktornya cukup mesra. Child-friendly. Bila saya sebut anak saya autisme. Tenang saja jawapannya, "Tak apa. Saya tahu." Saya tak perlu bercerita panjang lebar. Cukup cool.
Proses menunggu masuk ke bilik rawatan lebih lama daripada proses mencabut gigi. Menunggu sejam. Memujuk lebih kurang 10 minit. Macam-macam 'umpan'. Macam-macam cara. Saya berdoa dalam hati, "Tolonglah jangan give up, wahai doktor."
Akhirnya, kami buat keputusan untuk paksa(secara berhemah). Saya dan encik suami pegang kaki. Dua orang pembantu doktor pegang di bahagian kepala dan tangan. abang nampak seperti terpaksa redha. Tidak meronta. Hanya cuba angkat kepala. Saya tahu dia takut. Saya tunduk. Tak berani tengok. Tak sampai 10 saat gigi tunggul itu selesai dicabut. Hanya sebatang gigi tunggul, tapi sudah cukup buat saya stres hampir setahun memikirkan bagaimana saya mahu pujuk abang supaya bekerjasama dengan dentist.
Sejurus selepas gigi dicabut, saya terus peluk abang. Dia tak menangis pun. Saya yang struggle menahan air mata haha. Cabut gigi tunggul je pun, kenalah cover emosi. hehe
Balik ke rumah, TukMi, TukAyah sibuk bertanya. Adik tumpang hairan dan gembira. Kakak pun peluk-peluk abang dengan bangga. Gigi tunggulyang hodoh itu sudah tiada. Yeay!!
Terima Kasih ya Tuhan. Walaupun setakat berjaya mencabut sebatang gigi tunggul, tapi ia satu KEMUDAHAN yang tak ternilai buat kami.
Ini bukan lawatan terakhir ke dentist. Pastinya abang perlu ke dentist lagi selepas ini. Buat masa ini, saya hanya mahu enjoy 'kemenangan' kecil ini. (mode senyum sepanjang hari)

Balik ke rumah, TukMi, TukAyah sibuk bertanya. Adik tumpang hairan dan gembira. Kakak pun peluk-peluk abang dengan bangga. Gigi tunggul
Terima Kasih ya Tuhan. Walaupun setakat berjaya mencabut sebatang gigi tunggul, tapi ia satu KEMUDAHAN yang tak ternilai buat kami.
Ini bukan lawatan terakhir ke dentist. Pastinya abang perlu ke dentist lagi selepas ini. Buat masa ini, saya hanya mahu enjoy 'kemenangan' kecil ini. (mode senyum sepanjang hari)

Anda nampak gigi yang sudah renggang itu?
gara-gara gigi tunggul.
Gambar sebelum Ops cabut gigi?
Tak ada. Sangat tak cantik. Malu nak kongsi.
Gambar semasa Ops cabut gigi?
Lagi tak ada. Tengah kalut hahaha
Dapat upah aiskrim.
Nanti-nanti kita ke dentist lagi ye, nak. hehe
Untuk Tips membawa anak autisme ke dentist, sila klik sini.
(sesuai untuk anak bukan autisme juga).
2 comments:
congratulations Abil dan kak syida... Saya tumpang bangga dan gembira... Huhuhu...now Ammar dah start sakit gigi semula...keresahan, ketidakselesaaan dan kesakitan jelas terpapar di wajahnya cuma bila ditanya, dia jawab xsakit... Harini sy nak bawa Ammar ke dentist lagi...percubaan kali ke 3 mungkin...2 kali gagal...ingat2 lupa...
gud luck ina...dont gv up. kena cari jalan juga utk rawat gigi tu. doa banyak2. insyAllah dipermudahkan
Post a Comment