Siri gotong-royong di dapur bersambung lagi. Sempena bulan puasa, memang seronok bergotong-royong di dapur. Melihat-lihat gambar makanan di skrin komputer pun, meleleh air liur hehe. Maka, seronok jugalah saya menepek berkongsi gambar-gambar menu saya dan famili. Tak ada kamera DSLR, kamera cap ayam pun berguna ya! hehe
Kalau anda nak tahu, saya ni seorang yang 'autistik' apabila ke dapur. Skill memasak saya agak terhad. Saya juga cukup
Apapun, sesekali saya ke dapur, kalau kena dengan menunya, memang bertambah-tambah encik suami saya makan. Anak-anak memang peminat no 1 saya, walaupun maknya cuma pandai masak tak lebih dari 10 menu. hehe
Sesi gotong-royong Sabtu lepas, saya masak mee hailam (konon). Saya gantikan mee kuning dengan spageti. Saja suka-suka. Lagi pun, saya sefamili memang lebih gemar spageti berbanding mee kuning. Kalau tak ada rupa mee hailam tu, redhakan sajalah ya. Janji kami kenyang makan. Encik suami pun bertambah-tambah makannya. hehe
Chef Nas pulak, buat kek + puding karamel. Sila lah google resepinya sendiri ya, sebab blog saya bukan blog masakan. hehe. Bak kata adik, "Terbaekkkk.." Saya pun suka. Saya bagi 5 Bintang. hehehe


Gambar bawang goreng pun nak letak jugak. Kesukaan encik suami ni.
Enak dimakan begitu saja. hehe



Bercakap pasal makan, tahukah anda, individu autisme selalu dikatakan terlalu 'memilih' makanan? Sebenarnya masalah 'cerewet' bab makanan ini, ada kaitannya dengan masalah sensori. Mungkin juga kerana sikap mereka yang terlalu rigid dan sukar mengubah rutin.
Untuk info lanjut, sila klik di bawah:
Fussy Eaters and Autism
Picky Eaters and Autism
6 comments:
wow wee....tak tahan statement...nak resepi kena google sendiri....kuang kuang kuang....
looks yummy....ok jgk ek kalau tukar pada spagetti...pernah try mee lidi tak?
ina, yg sbnrnya kitorang x nyalin resepi. sambil masak, sambil beronline. abis masak, resipin pun ntah kemana..itu psl tak dapat nak tepek kat sini..hehe
mee lidi? tak prnh try pulak...nanti2 leh cari.
bawang goreng tuuu.... kecur air liur!
edi, u pun suka eh? hehe rangup2 dikunyah. best!
mak ai, terliur tengok spageti hailam akak tu. saya rasa spageti lebih sihat drp mee kuning tu. hehe..
nak jugakkk resepi kek puding caramel tuuu...!
yati, ntah dari mana cik abe ku dpt resepi kek puding karamel tu. google je, sure dapat insyAllah. ni lain sket dari puding karamel biasa sbb dia separuh kek.
akak pun rasa spageti lebih sihat daripada mee kuning. itu psl jarang ber-mee kuning.
Post a Comment