Aug 22, 2011

Bolt dan Ramadhan

dari google

Selepas kegilaan pada gorilla, Shrek dan Nemo, sekarang giliran Bolt pula. Sebenarnya ini bukan obsesi baru. Obsesi pada bolt pernah 'singgah' sekejap sekitar tahun lepas. Kemudian ia reda sendiri. Sejak seminggu lepas, Bolt 'timbul' kembali. Rasanya abang dah muak dengan gorilla, Shrek dan Nemo. Saya padamkan segala movie berkaitan yang ada dalam komputernya. Dia mencari di YouTube pula. Sampai satu tahap, dia pun muak juga. Lega. haha

Tapi sekarang saya sudah mula sakit otak sakit kepala mendengar dialog-dialog Bolt. Yang dia paling SUKA ialah Rhino, watak
hamster dalam cerita ini. Kebetulannya, si Rhino ni memang sangat comel dan menggelejat kelakar. Paling kami tak tahan bila abang meniru gaya dan skrip-skrip Rhino tak kira masa, tak kira waktu. Bagi kami yang faham ni, memangla kami layankan saja. Sambil senyum, sambil ketawa kami tengok beliau 'berlakon'. Kadang-kadang dengan bahasa-bahasa yang kami tak berapa nak faham tu, kami join sekaki. Ini salah satu cara berkesan untuk connect dan bergurau senda dengannya.

Ada masanya juga, kami tak galakkan abang terus-terus berada dalam 'dunia' Bolt. Bukan apa, takut tabiat ni makin menjadi-jadi. Sekali sekala tengok memang la lawak dan comel. Tapi kalau dah selalu sangat, menyampah makin hilang comel itu. Apa lagi kalau beliau 'jadi' Rhino di tempat awam, mesti orang sekeliling rasa 'pelik' dan pandang semacam. Saya memang dah lali.Abang sendiri pun tak kisah. Tapi situasi ni kurang sihat dan tak boleh dibiarkan.


gambar google

Ubatnya? Kena distract abang selalu. Perlu sentiasa ada aktiviti selain membiarkan beliau menonton Bolt setiap saat. Nampak senang tapi susah. Cabarannya ialah, selain melayan abang, saya dan suami ada 1001 aktiviti lain yang juga perlu priority. Biasanya sayalah yang kena jadi tukang layan. Sampai tak terlayan.hehe

Sepanjang Ramadhan juga, saya naik buntu memikirkan cara membuat abang leka dan terus berpuasa. Terutamanya bila sudah keluar skrip-skrip ini, "Nak roti!". "Nak biskut!". "Nak air!". "Nak nasi!",. Ya, semuanya ada tanda !. Maklumlah, orang dah lapar. Selagi dia boleh tunggu sehingga had masanya, saya minta dia tunggu. Biasanya, dia cool sehingga jam 2 petang. Selepas jam 2, skrip-skrip ini akan kedengaran bertubi-tubi. Sabar jelah.

Komputer dan handphone saya juga dah puas digodam. Kalau tak sabar, boleh migrain dan tak cukup stamina dibuatnya.

Mujurlah Ramadhan hanya sebulan. Bila bertugas menjaga dan melatih  abang berpuasa, sebulan itu satu cabaran. Tapi, hati kecil rasa sayu kerana Ramadhan akan 'pergi' tak lama lagi. Sebetulnya, saya masih belum puas dengan prestasi Ramadhan kali ini.



No comments: