Majlis konvo adik saya di UiTM Shah Alam.
Suasana konvo dan persekitaran universiti memang saya tunggu-tunggu. Walaubagaimanapun, keadaan abang dan tempoh majlis yang sangat panjang tak memungkinkan kami menonton di dalam dewan. Tak apalah, tunggu di luar dewan pun ok. Yang penting, dapat feel majlis konvo.




Memang kami terpaksa menunggu lama. Alhamdulillah abang dah boleh mendengar arahan. Bila bersama ayahnya, abang memang bersopan santun dan terkawal. Sesekali kami lepaskan dia bangun dan main-main di kawasan berdekatan. Risau juga kalau dia melompat dan berlari tak tentu hala, bunga-bunga, coklat dan hadiah untuk para graduan ada dimana-mana. Ramai lagi yang menunggu di luar dewan macam kami. Jadi, segala pergerakan beliau, kami perhatikan.
Sebenarnya, bukan senang melatih anak Autisme menunggu. Practise make perfect. Menunggu ni, satu kemahiran penting. Anak-anak tipikal pun bermasalah juga bab menunggu ni. Jadi, kalau ada cabaran semasa melatih, biasalah tu. Lama-lama oklah.
Kenapa kena belajar menunggu? Sebab dalam hidup ni, kita memang sentiasa kena menunggu. Menunggu giliran untuk membayar di kaunter. Menunggu makanan terhidang di meja. Menunggu waktu berbuka puasa. Menunggu untuk macam-macam perkara. Jadi, anak-anak Autisme harus dilatih bersabar. Mulakan dengan tempoh masa yang singkat dan cabaran yang mudah-mudah dahulu.
Masa kecil, menunggu adalah satu cabaran untuk abang. Tapi, makin dewasa, dia makin faham. Bukan semua kehendaknya boleh diikutkan walaupun dia 'tunjuk perasaan'. Sekarang, semuanya jadi lebih mudah. Cuma, pastikan anak-anak kita menunggu dalam keadaan yang selesa. Episod tunjuk perasaan boleh dielakkan.
Masa kecil, menunggu adalah satu cabaran untuk abang. Tapi, makin dewasa, dia makin faham. Bukan semua kehendaknya boleh diikutkan walaupun dia 'tunjuk perasaan'. Sekarang, semuanya jadi lebih mudah. Cuma, pastikan anak-anak kita menunggu dalam keadaan yang selesa. Episod tunjuk perasaan boleh dielakkan.
Tengok ni, sampai muncung sebab kena menunggu lama. hahaHow to teach the concept of waiting?

2 comments:
muke penutup tu sgt2 x leh blah!....ahahahahhaha
haha tu la pasal..
Post a Comment