Kucing putih di dalam gambar di bawah. Itulah Betty.
Saya bukan pencinta kucing. Bela kucing? Memang saya tak pernah terfikir. Tapi, kakak punya pasal, saya mengalah. Syaratnya, segala hal ehwal berkenaan kucing adalah tanggungjawab beliau, termasuk hal-hal kebersihan kucing. Sesekali, encik suami tolong mana yang patut.

Berbalik kisah Betty dan abang. Agak menarik. Saya lihat abang berminat dengan Betty.
"Nak Betty..."
"Betty, kejar! Cat, kejar!"
"Betty, kejar! Cat, kejar!"
Itulah skrip-skripnya bila bersama Betty. Setiap kali kami sampai ke rumah, dia akan terus meluru ke 'rumah' Betty dan melepaskan ia keluar. Kalau Betty di dalam rumah, selalulah abang panggil ia untuk main kejar-kejar. Kadang-kadang Betty kejar, kadang-kadang Betty buat tak nampak. Biasanya, kakak akan ajar Betty untuk kejar Abil.
FYI, binatang peliharaan atau pet boleh membantu individu Autisme dalam macam-macam perkara. Kalau di Barat, biasanya mereka menggunakan anjing. Kita sebagai Muslim masih boleh memilih haiwan-haiwan lain sebagai alternatif. Bagaimanapun, sebelum anda mempunyai pet, pertimbangkan juga faktor-faktor lain seperti kebersihan, kesihatan dan sebagainya.
Bila bersama Betty, abang lebih responsif. Selalu mahu bermain dengan Betty sedangkan dengan kakak dan adik, cukup susah untuk melihat beliau memulakan langkah. Abang juga sangat suka tengok Betty melompat dan berlari...terkekek-kekek dia ketawa.
Walaupun abang sukakan Betty, dia tak suka bila Betty datang gesel-gesel atau melompat ke arahnya. Bila ini berlaku, dia akan melompat menjauhkan diri atau lari. Mungkin dia geli. Jadi, abang memang tak akan peluk-peluk Betty sebagaimana kakak dan adik.
Gelagat abang dan Betty selalu buat saya tersenyum.

3 comments:
finally entry bout betty n how she helps with abil autism ;P tq!
kuda pun terapi yg bagus utk anak2 kita yg istimewa ni.....kalau le kita kaya ye syidah....boleh beli kuda utk budak2 ni....hehehe....
oh yes k.marina, kalaulah kita kaya haha mmg sekandang kuda kita beli kan? :)
Post a Comment