Bila anda mempunyai seorang anak istimewa, melakukan intervensi sendiri di rumah adalah 'wajib'. Intervensinya pula mestilah kerap dan konsisten, walaupun sekejap.
Saya akui, bukan senang. Dihambat oleh faktor masa dan virus 'M' yang selalu hinggap, saya sendiri selalu tercungap-cungap. Buat masa ini, saya buat apa yang termampu. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Tak dapat lama, sekejap pun jadilah. Yang penting, masa berkualiti, betul tak?
Mode cuti-cuti masih 'kuat' walaupun sekolah dah masuk dua minggu start. Kelas tuisyen saya pun dah bermula minggu ini. Bagaimanapun, jadual saya masih agak 'longgar' bulan ini. Sempatlah saya bertuisyen dengan anak-anak sendiri.
Hanya 15-20 minit bersama anak3 semalam.

Disuruh membaca teks, si abang tak mahu. Saya tak mahu paksa. Tak apa, kita warm-up saja dulu. Saya fotostat beberapa mukasurat buku cerita. Saya sebut perkataan. Arahannya, "Bulatkan perkataan .......................". Saya beri beliau pensel warna (yang berlainan) bagi setiap perkataan. Beliau dengar dan kemudian, bulatkan perkataan tersebut. Pandai anak mak.
Perkataannya: pulang, ternampak, buah mangga, sebatang.Saya sebut satu persatu.
Beliau cari sendiri dan bulatkan semua.
Bersambung lagi.Perkataannya: saya, kakak, pen, boleh.

Selesai membaca. Saya bagi break 2-3 minit. Kemudian, kami sambung aktiviti. Kali ini, menulis. Arahannya, cari dan salin perkataan yang bermula dengan huruf 'b' dan 'm'.Tulisan abang masih tak konsisten. Masih sebesar alam. Anda nampak garisan yang saya buat dengan marker merah itu? Itu untuk membantunya menulis di atas garisan. Kalau tak, tulisannya 'ke laut'.

Habis menulis. Kami sambung aktiviti 'kategori'. Untuk kategori buah-buahan, abang hanya dapat 5/9. Dia nampak seperti kurang jelas. Tapi selepas saya bantu dengan beberapa perkataan, baru dia mula faham.Masuk kategori makanan, abang dapat 7/8. Dia bulatkan sendiri semua perkataan, kecuali satu. Sambil membulatkan perkataan, saya dengar dia sebut "makan nasi", "makan burger", "makan pizza", "makan roti". Seronoknya dapat dengar 'suara emas'.hehe
Habis sesi bersama abang. Adik terus datang tanpa dipanggil. "Ok, adik pulak!" hehe. Tak sahla kalau tak buat sesi dengan semua. Tengok tu, tulisannya. Tahun depan nak naik darjah satu, mesti improve lagi ni dik!

No comments:
Post a Comment