Adik kembali ke sekolah.
Hari pertama: Bersemangat. Teruja.
Hari kedua: Ok. Macam Biasa.
Hari ketiga: Mula liat bangun pagi. Saya dah cerita di sini.
Hari keempat: Hari ini. Sangat LIAT bangun pagi. Menangis. Merengek.
Saya? Diam. Diam. Diam. Tidak ada drama menengking,memekik atau marah. Bercakap bila perlu. Dengan nada bersahaja. Macam biasa.
"Adik tak nak pergi sekolah....tak nak pergi sekolah..."
Berulang-ulang kali beliau mengulang skrip ini. Macam tape recorder. Saya terus diam.
Marahkah? Tak. Cuma geram.
Sambil memandikan dan menyiapkan beliau,
"Kakak dah pergi sekolah. Abangpun pergi sekolah. Adik pun kena pergi sekolah."
Saya cuba bertenang, langsung tiada nada marah. Saya cuba sehabis untuk berhemah. Ada sedikit aksi meronta. Tapi masih terkawal. Saya teruskan memberinya makan seperti tiada ada berlaku. Skrip 'tape recorder' masih on.
Sambil makan, saya cuba alih perhatian adik. Buka channel kegemarannya, 615. Sambil makan, sambil layan Pink Panther.
"Adik tak nak pergi sekolah...." Lagi dan lagi dan lagi..
"Mak tak marah adik pun. Jom, mak dukung masuk kereta."
Mujurlah fizikal si kenit hampir 6 tahun ini sangat kecil. Ala-ala 4 tahun saja. Advantage untuk saya. Sambil dia merengek, sambil saya masukkan dia ke dalam kereta. Tangisan makin kuat. Saya abaikan dan terus diam. Buka gate. Masuk kereta dan terus memandu ke sekolahnya.
Dalam kereta, ketika berhenti di traffic light, saya kesat air mata dan hidungnya. Saya tanya ; "Adik tengok kawan-kawan yang nangis pergi sekolah tu, cantik ke? Bagus ke menangis kat sekolah?" Kali ini, dia pula diam. Selepas beberapa minit, dia ulang lagi. "Adik tak nak pergi sekolah...."
"Adik tak ada pilihan. Suka atau tak, adik kena pergi sekolah." saya menjawab, masih dengan nada berhemah.
Sampai depan pintu kindy-nya, tangisan makin kuat. Meronta-ronta. Saya masih dalam mode tiada perasaan. Teacher terus ambil alih peranan saya. Adik diangkat dan didukung ke pintu masuk. Habis cerita.
Sememangnya saya dah cukup 'lali' dengan episod anak-anak menangis/meragam/mengamuk/yang sewaktu dengannya. Bukan senang nak sampai ke tahap ini. Ambil masa bertahun-tahun juga. Kalau dulu, bila berdepan dengan situasi begini, sayalah yang pertama sekali jadi drama queen. Alhamdulillah, sekarang dah jarang-jarang 'naik hantu'.hehe
Oh ya, untuk anak-anak autisme, situasi begini juga dipanggil meltdown atau tantrum. Autisme atau bukan, bila kemahuan tidak dipenuhi, memang anak-anak akan 'tunjuk perasaan'. Kita sebagai ibubapa hanya perlu bertenang dan cari jalan untuk meredakan keadaan. Paling tidak pun, kawal perasaan kita sendiri sebelum kita mengajar anak-anak mengawal perasaan mereka.

6 comments:
sama je yg autisma dengan tak.. dulu si imran tu sebulan menangis taknak gi sekolah... mcm2 ragam, nak mandi suruh saya yg mandikan.. pakai baju suruh saya buatkan.. saje je.. lps sebulan tu agaknyer dia dah give up 'taktik' dia x menjadik, ok jelah gi sekolah... hehe.. mcm2 ragam.
edi, tau takpe..hehe. Si Zarif ni bukan 1st time pgi sekolah pun, dah masuk thn ke3. biasalah monday blues..masalahnya, the blues always continues...kadang2 sepanjang tahun. ms kak dina dulu pun mcm tu...kadang2 abil lebih baik bab2 pergi sekolah ni..hmmm..lain anak, lain ragamnya..sabo jelah
hmmm... tambah2 hari isnin kan.. lagggiii la liat! hehe..
owhh sangat BETULLL! 10 markah utk yati haha
Harini Ammar excited ke tadika...jarang2 sgt dia meragam itupun kalau pg2 udah bikin mamanye hot...pasti insiden nangis2 dpn pagar terjadi...
Kenapa Ammar excited, harini nie akan ke Zoo..zoo kemaman... ;) daripada ari jumaat, excitednya ;) dan dorang nie dah biasa, dari umo 2bulan dah ke tmpt ini...dorang dah used to it... Mudah2an berterusan la hendaknya...
ina, kalau ada outing kindy, mmg dorang excited sangattt..
kalau nak ngamuk/nangis tu, bukan kira skool baru/lama, saja je nak test mamanya betul tak? grr..
Post a Comment