Sebenarnya abang dah banyak kali ke dentist. Kali terakhir, dia dibius (pengsan) untuk menerima rawatan. Sampai ke hari ini, beliau masih fobia. Masih boleh diajak ke dentist, walaupun setiap kali perkataan 'dentist' disebut padanya, dia akan berkata "Stop!". Berulang-ulang kali. Memang jelas dia takut.
Bagaimanapun, saya tak boleh give up. Untuk jangkamasa panjang, susah juga kalau dia perlu dibius untuk rawatan giginya. Selain faktor kos yang tinggi (hospital swasta) serta faktor menunggu yang terlalu lama (hospital kerajaan), abang perlu juga belajar jadi berani. Mencegah lebih baik daripada merawat. Saya tengok banyak kes orang dewasa yang takut ke doktor. Sanggup menahan sakit gigi (yang kadangkala sudah kronik dan terlalu sakit) daripada ke doktor.
Berbalik kisah abang. Untuk menghilangkan fobianya (secara perlahan-lahan), saya tak pernah miss membawanya setiap kali kakak, adik dan saya sendiri ada temujanji dengan doktor gigi. Semalam, kami pergi lagi.
Diajak masuk ke dalam bilik rawatan, dia ok. Tekun dan diam melihat semuanya. Daripada pengalaman sebelum ini ,saya tengok abang cukup takut setiap kali terpandang doktor memegang peralatannya. Bila dia disuruh buka mulut, takutnya menjadi-jadi. Saya agak, masalah sensori mulut dan lidahnya yang terlalu sensitif mungkin menjadi sebab. Memang dia bermasalah untuk diberuskan gigi semasa kecil. Sekarang, masalah itu dah tak ada. Tapi, bila memberus gigi, dia sentiasa rushing dan mahu cepat-cepat habis. Mungkin 'rasa' memberus gigi itu agak keterlaluan baginya.






2 comments:
Faqihah fobia ke hospital..
pakYeop, setakat ke hosp/ke klinik, abil tak ada masalah. tapi bila doktor suda depan mata, mula nak periksa sana sini, siap la dia mula cuak...hadoii
Post a Comment