Soalan apakah? dan kenapakah? memang selalu ditanya, lebih-lebih lagi bila dia selalu diperlukan untuk mengalah. Apa pun, abang hanya 'dilebihkan' dari segi perhatian. Kasih sayang saya dan suami untuk mereka bertiga tetap sama.
Mempunyai anak autisme dan juga anak-anak lain banyak cabarannya. Tapi banyak juga hikmahnya. Saya paling suka bila kakak dan adik jadi 'assistant' saya. Maklum sajalah, saya ni kadang-kadang terjangkit virus M. Selalu juga kelam kabut dan terkejar sana sini.
Sekarang, saya dalam proses mengajar abang mengurus diri (secara berdikari) sepenuhnya. Kalau boleh, saya mahu dia mandi, bersiap, makan dan segala-galanya sendiri, 100% buat sendiri. Nak melatihnya memang letih. Tapi bukan mustahil. Ambil masa sikitlah. Biar lambat, janji pandai.
Bila ada adik beradik, tanggungjawab ini saya kongsi bersama mereka. Menariknya, adik pun dah boleh diharap (walaupun dia 3 tahun lebih muda daripada abang). Kalau outing tanpa encik suami, di saat tandas perempuan penuh dan abang mahu ke tandas, adik la yang jadi tukang teman dan membawa abang ke tandas lelaki. Baru-baru ini, saya minta adik ajak abangnya memberus gigi sebelum tidur bersama-sama. Saya mahu ia jadi rutin dan saya mahu mereka buat sendiri tanpa bantuan saya.
"Adik dengan abang dah berus gigi ke belum?"
"Dah.."
"Betul ke ni?"
"Betul ma..Tadi masa ma tusyen, kakak nampak dua-dua orang dalam bilik air, gosok gigi.."
"Oh ye ke? Hmm bagus..bagus.." (Alhamdulillah)
Tugasan memberus gigi nampak kecil. Tapi saya anggap ini pencapaian besar. Sudah 3-4 hari mereka memberus gigi bersama tanpa saya suruh dan berada di tepi. Saya tahu abang pandai meniru. Jadi, kakak dan adik adalah 'alat bantu mengajar' yang berkesan.

4 comments:
happy for you... ;)
mekasih ina...harap2 dorang ber3 ni serasi bersama forever & ever hehe
adik beradik memainkan peranan penting utk anak istimewa kita....merekalah yang boleh menarik Abil dr dunianya tersendiri...lagi ramai lagi bagus...
en samsul, lagi ramai memang lg bagus..tapi tak larat la pulak..haha
Post a Comment