Sesi Bersama abang
Bersesi bersama abang memang seronok. Saya 'tabik' pada ibu-ibu yang boleh buat sesi homeschool secara rutin untuk anak-anak mereka. Sejujurnya, ia masih satu cabaran untuk saya. Mode 'sekejap rajin, sekejap malas' masih ada.
Di peringkat awal dulu, cabarannya ialah bagaimana mahu tarik perhatian abang untuk belajar bersama saya. Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun bersabar dan belajar memahami diri masing-masing, cabaran itu dah berjaya diatasi.
Usia anak saya makin meningkat, makin banyak yang perlu diajar dan diperkenalkan. Kebanyakannya pula memerlukan ABM yang kreatif dan menarik. Ini untuk membantu mereka fokus dan meningkatkan kefahaman mereka. Untuk anak autisme (dan anak-anak istimewa amnya), penggunaan buku dan pensel saja tidak cukup.
![]() |
| Belajar Numbers dengan flash cards (buat sendiri) |
![]() |
| Match! |
![]() |
| Masih confused dengan nombor-nombor ini. Kena praktis lagi dan lagi.. |
![]() |
| Kadang-kadang belajar dengan guli. Untuk anak-anak yang suka masukkan objek ke dalam mulut, tak digalakkan guna guli. |
![]() |
| Kadang-kadang kami gunakan ikan-ikan comel ni .. |
![]() |
| Guna sepit baju pun boleh. |






2 comments:
Syahmi guna guli bila main congkak...cara org dulu2 belajar mengira!
en.shamsul, guli tu taktik utk tackle abil belajar mengira..kalau tak, dia cukup liat. Sekarang Alhamdulillah, dah boleh la sikit2 :)
Post a Comment