![]() |
| dari Autism Spectrum Disorder, Through My Eyes |
Pagi tadi, selepas mandi, saya sedang bantu abang bersiap ke sekolah. Sambil beliau cuba menyarung baju sekolahnya sendiri, tiba-tiba dia bersuara...
A: Berus gigi. Berus gigi!
A: Berus gigi. Berus gigi!
Saya: Huh? berus gigi? kan dah berus gigi
tadi?
A: Berus gigi! Berus gigi! Berus gigi!
Saya:(Terdiam sejenak. Sambil berfikir..)
Seminit kemudian,
Seminit kemudian,
Saya: kena bawak berus gigi pergi sekolah
ke?
A:(Diam)
A:(Diam)
Saya: Kena bawak berus gigi pergi sekolah ye?
A:(Masih diam sambil memandang saya. Sambil terus memakai baju)
Saya pun terus capai berus gigi dan ubat gigi spare-nya, saya ambil beg sekolahnya dan saya bawa ke depan beliau. Sambil saya masukkan berus gigi tersebut, saya berpesan....
Saya: Ma letak berus gigi kat sini ye..dalam
Saya: Ma letak berus gigi kat sini ye..dalam
poket beg ya. (Sambil tunjuk beg padanya)
A:(Tiada ekspresi. Sekadar memandang muka saya dan terus bersiap.)
Kakak yang sejak tadi duduk di tepi sambil memerhati kemudiannya bersuara..
Kakak :Ma! pandainya dia..dia bagitau mak yang
Kakak :Ma! pandainya dia..dia bagitau mak yang
dia nak bawak berus gigi pergi sekolah..
Saya:(Tersenyum meleret. Dalam hati ada $$$$ haha)
Saya sendiri tak pasti jika itu yang dia mahukan. Tapi, minggu lepas memang cikgu sekolahnya minta dibekalkan berus gigi ke sekolah untuk kelas pengurusan diri. Saya sangkakan pesanan itu hanya untuk minggu lepas. Jadi saya sudah keluarkan berus gigi abang dari begnya minggu ini.
Saya dengan mood gembira hari ini terus hantar anak-anak ke sekolah. Di sekolah abang, saya terus bertanya pada cikgunya, betulkah perlu bawak berus gigi lagi minggu ini?
Saya dengan mood gembira hari ini terus hantar anak-anak ke sekolah. Di sekolah abang, saya terus bertanya pada cikgunya, betulkah perlu bawak berus gigi lagi minggu ini?
Cikgu:Ya..kena bawak berus gigi sehingga diberitahu.
Saya:Ooo ok.(Saya terus bercerita insiden pagi tadi)
Cikgu:Wahh bagusnya..dia ingat rupanya pesan cikgu.
Saya:(Tersenyum lagi. Dalam hati $$$ bertambah-tambah). Hah tulah, saya pun tak sangka. First time, dia beritahu sendiri..
Terus saya berpesan pada cikgu,
Saya: Lepas ni, kalau ada apa-apa, beritahu saja terus pada abang. Saya tahu dia faham walaupun dia tak sampaikan. Nampaknya dia dah mula belajar untuk memberitahu..bagus tu..
Cikgu: Baik puan. Saya akan pesan terus pada beliau. Tapi pada masa yang sama, saya akan sms/ tulis nota pada puan, kalau ada apa-apa pesanan.
Mode senyum sepanjang hari.

5 comments:
seronoknya...tumpang gembira...sampai goosebump naik di kepala... ;) Happy for you...
ok, rs gumbira smpi nk nangis..#mokde emo sat!
tersentap...sangat best!!!
ina/keen/syikin:
mmg sangat gumbira haha...harap2 ada lagi suprises lepas ni :D
Salam..happy sokmo la
Post a Comment