Jun 30, 2012

Ke Pusat Sains Negara

Kunjungan kami ke Pusat Sains Negara, KL lebih kurang 3 minggu lepas.

Waktu ini, abang baru sahaja seminggu bersunat. Kesiankan anak-anak yang banyak berkurung dalam rumah, walaupun waktu itu sedang bercuti sekolah, saya ajak  mereka ke pameran Dinosaurs Live!.

Oleh sebab encik suami tak ada bersama kami, adik saya jadi peneman. Kalau tak ada peneman, susah juga saya nak cope





















Secara keseluruhannya, kami puas hati. Pameran dinosaur-nya mungkin tidak sebanyak yang kami harapkan, tapi masih tidak menghampakan. Abang takut dan hanya berani lalu lalang saja di sebelah dinosaur. Mungkin efek bunyi-bunyian dan lampu di tempat pameran membuatkan dia sedikit 'cuak'. haha

Sambil outing, anak-anak belajar. Macam-macam rangsangan ada. Mereka lihat, mereka dengar, mereka sentuh, mereka rasa. Stimulasi yang baik untuk semua sensori tubuh. 



2 comments:

shogun_na said...

Seronoknya..

syida said...

Alhamdulillah..budak2 ni kalo jalan2, suka aje :D