Jul 1, 2012

Melawat Sekolah

26 Jun 2012.

Kami sekeluarga ke sekolah kakak untuk sesi perjumpaan ibu bapa dan guru. Sekaligus, ambil report card selepas ujian pertengahan tahun tempoh hari.

Seperti biasa, prestasi kakak di sekolah memang baik, hanya perlu berusaha lebih lagi untuk meningkatkan prestasi.


Ini bukan kali pertama kami ke sekolah kakak. Bagaimanapun, abang jarang berpeluang ke sekolah kakak. Tahun-tahun sebelumnya, setiap kali kami hadir ke sekolah kakak sempena Hari Terbuka Sekolah, abang tidak dapat ikut sama kerana dia juga bersekolah. Kali ini, saya bawa beliau bersama kerana kebetulan dia bercuti (batuk yang agak teruk).




Replika penjara tu, menarik kan?

Tahun depan adalah tahun terakhir kakak bersekolah di sini. Diam tak diam, dah 5 tahun belajar di situ. Bila melawat sekolah, saya jadi rindu pada zaman sekolah dulu. Senang hati, seronok, buat aktiviti, melompat dengan kawan-kawan. hehe

Nostalgia.



No comments: