#visual dari google
Dalam fikiran saya hanya 1. Kalau beginilah keadaannya selepas 20 tahun usianya, bagaimana pula nasibnya 20 tahun akan datang? Masih adakah lagi atuk, nenek, mama, ayah, adik-adik dan saudara mara yang sudi menjaga?
Minggu lepas, saya berjumpa dengan seorang anak istimewa.
Anak istimewa ini ('A') bukanlah orang asing bagi saya. Umurnya sudah hampir mencecah 20 tahun. Saya kenal 'A' sejak 14 tahun yang lalu.
'A' adalah seorang anak bermasalah pembelajaran. Lembam. Biasanya orang sebut, slow learner. Dari segi fizikal, 'A' sempurna. Tiada cacat cela.

Dari dulu hingga sekarang, saya ikuti perkembangannya dari jauh. Daripada bersekolah, sehinggalah beliau berhenti disekolahkan. Tinggal di rumah, tanpa sebarang pengisian. Hanya makan, tidur dan bergaul sesama ahli keluarga. Fizikalnya kini tegap, maklumlah anak bujang.
Yang menyedihkan, daripada seorang anak lembam, kini beliau sudah menjadi seorang pesakit mental. Skizofrenia. Sekarang, 'A' terpaksa dikurung dan dipagar di dalam biliknya serta disuntik dengan ubat-ubatan untuk membantunya sentiasa tenang dan tidak menimbulkan gangguan.
Keadaannya masih agak baik kerana ahli keluarga masih menjaga makan pakainya.
Keadaannya masih agak baik kerana ahli keluarga masih menjaga makan pakainya.
Dalam fikiran saya hanya 1. Kalau beginilah keadaannya selepas 20 tahun usianya, bagaimana pula nasibnya 20 tahun akan datang? Masih adakah lagi atuk, nenek, mama, ayah, adik-adik dan saudara mara yang sudi menjaga?
Bukan menghakimi, menilai atau menyalahkan sesiapa.
Saya hanya mahu ambil iktibar daripada kisah 'A'. Lebih lagi kerana saya juga ada seorang anak istimewa dan doa saya, janganlah anak-anak saya (yang autisme dan bukan) ditimpa takdir yang sama.
Moralnya, anak-anak adalah aset ibubapa. Kalau 'aset' ini tidak dijana dengan baik, tak mustahil ia akan menjadi liabiliti.
Nasib anak-anak di masa depan masih kabur. Hanya Tuhan yang tahu. Hanya Tuhan jadi Penentu.
Tapi kita sebagai ibubapa dan juga ahli keluarga hendaklah berusaha keras. Bukan setakat menjaga makan pakai dan memberi pengisian fizikal sahaja. 'Makanan' rohani dan mental juga perlu diberi. Kasih sayang biar secukupnya. Tidak lebih, tidak kurang. Terlalu memanjakan boleh membinasakan. Terlalu protective boleh merosakkan. Kurang kasih sayang dan perhatian pun boleh memudaratkan.
Tidak mampu bersekolah atas sebab-sebab tertentu, tak mengapa. Usahakan untuk diajar dan dilatih di rumah. Anak-anak wajib dilatih berdikari.
Tidak mampu bersekolah atas sebab-sebab tertentu, tak mengapa. Usahakan untuk diajar dan dilatih di rumah. Anak-anak wajib dilatih berdikari.
Kepercayaan pada perkara mistik dan makhluk halus tidak salah. Memang elemen-elemen ini wujud. Tapi jangan terlalu taksub dan bertuhankan rawatan bomoh, ayat-ayat jampi serapah dan seumpamanya.
Anak-anak, yang istimewa, mahupun yang tipikal, semua ada potensi dan kekuatan tersendiri. Jangan putus asa mendidik. Biarpun mereka lambat menguasai. Belakang parang yang tumpul pun, boleh diasah hingga tajam. Sedangkan haiwan yang tidak berakal pun boleh dilatih. Inikan pula manusia.
Kawan-kawan, saya sendiri seorang ibu. Masih belajar. Masih terkial-kial. Masih merangkak.
#Insaf
#Insaf
4 comments:
sedih... sian budak tu... skrg masa family dia ade, xpelah... nanti2 camne kan.. sian.. :(
tu la edi...memang kesian...boleh doakan je yg terbaik utk dia :(
Semoga anak ini dipermudahkan hidupnya... Sedih bila baca.. apa akan jadi pada hazim bila kami tiada lagi nanti...
Kak Hidayati
Amin. Betul tu kak, mmg sedih & insaf tgk keadaan anak ni. Mudah2an semuanya dipermudahkan, termasuk untuk anak-anak kita insyAllah..
Post a Comment