Pagi semalam, Kakak menangis. Sedih. Terkenang si Putih.
Throwback: Kisah di sebalik kesibukan saya sepanjang 10 hari lepas.
Kakak dan adik sekali lagi menyelamatkan 4 ekor anak kucing yang dibuang di celah-celah tong sampah depan rumah jiran kami. Ini kali ketiga anak kucing terbuang 'dijumpai' di depan rumah kami. Sekarang ini, saya rasakan seperti ada orang-orang berdekatan yang sengaja menjadikan rumah kami tempat pembuangan anak kucing. Grrr...
Seperti yang saya katakan tadi, ini insiden kali ketiga. Mulanya, suami saya pun jadi skeptikal untuk membantu. Saya faham, dua kejadian sebelumnya, kesemua anak kucing yang diselamatkan akhirnya mati satu persatu. Kedua-kedua insiden melibatkan anak-anak kucing yang baru lahir, seawal 1-2 hari. Tak puas menyusu ibu, sudah terpisah dan dibuang. Kejamnya manusia!
Throwback: Kisah di sebalik kesibukan saya sepanjang 10 hari lepas.
Kakak dan adik sekali lagi menyelamatkan 4 ekor anak kucing yang dibuang di celah-celah tong sampah depan rumah jiran kami. Ini kali ketiga anak kucing terbuang 'dijumpai' di depan rumah kami. Sekarang ini, saya rasakan seperti ada orang-orang berdekatan yang sengaja menjadikan rumah kami tempat pembuangan anak kucing. Grrr...
Seperti yang saya katakan tadi, ini insiden kali ketiga. Mulanya, suami saya pun jadi skeptikal untuk membantu. Saya faham, dua kejadian sebelumnya, kesemua anak kucing yang diselamatkan akhirnya mati satu persatu. Kedua-kedua insiden melibatkan anak-anak kucing yang baru lahir, seawal 1-2 hari. Tak puas menyusu ibu, sudah terpisah dan dibuang. Kejamnya manusia!
Kali ini, walaupun saya sendiri tak yakin bahawa anak-anak kucing ini boleh survive atau tidak, saya benarkan kakak dan adik mengambil anak-anak kucing tersebut atas dasar perikemanusiaan. Saya lihat dari jauh bagaimana orang lain lalu lalang melihat 'sesuatu' yang mengiau dari dalam kotak yang hampir hancur dalam hujan tapi tidak mengambil sebarang tindakan, sebaliknya sekadar melihat dan pergi. Allah..
Bila anak-anak saya serahkan empat ekor anak kucing yang basah kuyup pada saya, saya jadi sayu. Terus saya minta kakak bersihkan mereka, masukkan ke dalam kotak dan beri anak-anak kucing ini minum air (dengan syringe) sementara kami beli susu yang sesuai untuk mereka esok harinya. Basah kuyup kenit-kenit ini hingga ada yang sudah sangat lemah dan kelihatan agak tenat. Ketika ini, hari sudah hampir maghrib.
Kucing kami, Betto pun ada perasaan.
Dia datang pada anak-anak kucing ini dan menjilat mereka.
Dia datang pada anak-anak kucing ini dan menjilat mereka.
Esok harinya, mereka nampak lebih segar. Syukur!
4 si yatim piatu.
Tidur memeluk botol air panas yang kami letakkan sebagai pengganti ibu.
Adik suka si Oren :)
Disusukan. Mandi. Dibawa ke vet. Diberi ubat. Memang saya sangat terkesan dengan anak-anak kucing 4 ekor ini. Dua misi selamatkan anak kucing terbuang sebelum ini, saya tak terlibat langsung, hanya memerhati sambil membantu kakak dari jauh saja. Semuanya beliau buat sendiri.
Kali ini, entah kenapa, hati saya tergerak untuk terlibat sama. Ya, saya sangat involved kali ini. Sehinggakan, setiap kali ada di antara mereka yang kelihatan lemah, saya sudah mula sebak bila teringat nasib mereka. Anak kucing baru lahir memang sangat vulnerable. Menjaganya juga agak cerewet. Pendekata, macam jaga baby baru lahir. Pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Priceless.
Sebelum ini, hati saya 'kering', tak sukakan kucing. Tapi tidaklah sampai ke tahap kejam terhadap haiwan. Cuma, saya memang tak ada 'hati' pada kucing. Sejak setahun yang lepas membela kucing kami, Betty dan baru-baru ini, Betto pula, empati saya pada kucing mencanak-canak. Saya anggap ini proses self-improvement yang positif. hehe
Lebih kurang 10 hari bersama kami, semalam, salah seekor anak kenit ini 'si Putih' pergi meninggalkan kami. Sejujurnya, sejak dari hari pertama, saya sudah beritahu anak-anak, peluang anak-anak kucing ini hidup, 50-50. Kita usahakan saja mana yang termampu, kena bersedia kalau mereka tak mampu hidup lebih lama.
Seperti yang dijangka, Si Putih akhirnya meninggal dunia. Kakaklah yang paling sedih. Saya sendiri rasa sangat sebak dan meleleh air mata. Adik juga berkali-kali beritahu saya yang dia rindukan si Putih.
"Semua haiwan masuk syurga ke mak?"
"Ya adik. Semua haiwan masuk syurga, termasuk si Putih."
#kredit untuk blog ini yang banyak membantu kami.


# si Putih dalam memori










6 comments:
as salam penulis blog.. kak dc di sini.. kalau dpt.. standby ubat terramycin ointment yg boleh didapati di farmasi biasa untuk standby sakit mata yg byk membunuh kittens.. harga dlm rm5-7 je.. bersihkan dulu mata,letak ointment di hujung jari, buka kelopak mata kitten dan masukkan ointment ke dalam mata.. harap ni dpt membantu..
Wa alaikum salam kak dc,
tq atas respon. kami perasan juga sakit mata tu. masa ke vet xde pulak diberi ubat mata. nnti insyAllah kami cari ointment utk mata kitten tu.
tk sangat2.mudah2an 3 kitten lagi terus hidup sihat. Amiin.
Sedih la pulak baca pasal kucing ni. Saya sendiri dah lama x bela kucing. Bukan x suka tapi sbb pernah merasa kehilangan kucing kesayangan masa kecik2 dulu...sedih sgt :(((
lps tu dah x nak bela kucing dah...takut nangis lg kalau kucing mati :(
mahani, betul tu.mmg kadang2 serik kita dibuatnya. tak tahan rasa sedih kalau ada yang mati. kesian sangatt..esp bila tgk anak2 yang menangis.aduhh,rasa hancur hati saya :(
sedihnya:( kite dulu tak berapa suke kucing..tapi sbb arwah FIL suke jaga kucing.. sebenarnye sume tu kucing sesat tapi sume suke kat arwah, sebab arwah suka mandikan, bagi makan, layan manja2 dgn kucing.. terus kite jadik suke jugak kucing..
maya, org kata, siapa yg empati pd haiwan, akan lebih empati lagi pd manusia. sy x tau sejauh mna betulnya pendapat ni..tp so far, cat lover yg sy jumpa mmg org baik2 belaka..
bagusnya arwah FIL maya tu, insyAllah besar pahala dia.
Post a Comment