Oct 4, 2012

Tuisyen Oh! Tuisyen (episod 2)



Pada suatu malam, di dalam kelas English (primary), selepas membaca petikan tentang Recycling & Environment. Saya bertanya di dalam kelas;

Saya: Ok class. What is recycling? 
Murid A: Basikal teacher! (dengan penuh confident)

Hahahahahaha (Oh! my english).

Ok. Itu bukan suara saya gelak. Itu suara anak-anak lain yang tahu makna sebenar recycling (mungkin).

Yolah. Saya pun ketawa jugak dalam hati (hehe). Nak menahan gelak dalam hati, saya senyum sampai ke belakang telinga (hehe).

Saya: Recycling is kitar semula! NOT basikal. (masih tersenyum menahan ketawa). It's ok. Thank you for trying, A. (kena puji mereka kerana berani mencuba dan mengambil risiko untuk diketawakan).

Haha.

Bila teringatkan anak-anak kelas ini (terutamanya geng sekolah rendah), memang saya boleh ketawa sendiri. Ini baru 1% daripada lawak-lawak lucu mereka. Kalau dikumpul-kumpulkan semua, boleh buat buku agaknya (haha).

Semalam adalah malam terakhir mereka belajar tuisyen dengan saya. Kelas English juga. Seronok betul mereka. 


Mereka seronok kerana lepas ini, tak perlu lagi datang ke kelas saya waktu malam selepas seharian penat di sekolah (sesi pagi dan petang). Kadang-kadang saya tengok mereka datang tanpa sempat makan malam. Ada yang datang dengan muka mengantuk sebab terlena sebelum ke kelas. Ada juga yang datang dengan homework yang diberi cikgu sekolah dan minta izin saya untuk siapkan di dalam kelas tuisyen.

"Assalamualaikummmmm.....teacher! bukak pintu..."

Bila habis kelas jam 9.15-9.30 malam pula, bersepah-sepah mereka bermain di depan rumah saya sambil menunggu ibubapa masing-masing datang menjemput. Ya, memang RIUH.

Malam ini, kelas terakhir saya bersama anak-anak tuisyen tingkatan 2 & 3 pula. PMR akan mula minggu depan.



No comments: