Oct 4, 2012

Kisah si kucing & autisme



Hitam (gambar 1) & Belang (gambar 2). Ya, tinggal dua ekor saja. Masih ingatkah kisah ini? Ya, asalnya mereka empat beradik. Salah seekor, si Putih, 'pergi' minggu lepas. Selepas seminggu pemergian si Putih, Oren pula menyusul (gambar bawah). 

Sebak. Sedih. Itulah yang saya rasa, apatah lagi anak-anak terutamanya kakak. Walaupun baru bersama kami beberapa minggu dan saiznya hanya sebesar tapak tangan, sangat terasa pemergiannya. Ini baru kematian seekor anak kucing. Tak dapat dibayangkan bagaimana rasanya kalau ianya orang-orang yang tersayang. 



Semalam, Oren sudah selamat dikebumi. Saya beritahu kakak, sekurang-kurangnya Oren mati dalam keadaan baik dan terjaga, bukan dilanggar kereta atau di celah-celah sampah. 


Sekarang ini, kami sedang berusaha menjaga Belang dan Hitam.


Oh ya, tahukah anda kucing ada banyak persamaan dengan individu Autisme?

Apa kata anda tonton video ini, Asperger's Cats. 


*Asperger: salah satu cabang autisme. Sifat dan karakter am mereka sama seperti individu autisme lain. Bagaimanapun, individu asperger biasanya mempunyai kebolehan verbal yang agak baik.






Salam Khamis. 



2 comments:

icaziesyira said...

salam kakak.
i wish i can get back on track.
life was so miserable when me back to school again. hehe

miss u much.

syahida said...

salam ica.

miss u too.

sabar ye. you'll get your 'rainbow' after the 'rain', insyAllah..

good luck with your studies!