dari google
Seperti biasa, pagi ini, saya kejutkan kakak bangun untuk bersiap ke sekolah.
"Happy Birthday Ma...", ucapnya dengan mata separuh tertutup dan suara 'lemau' baru bangun dari tidur.
"Thank you...", sambil saya usap kepalanya, peluk dan menyuruhnya mandi segera.
Giliran abang pula untuk bersiap, sambil dibantu. Selepas mandi, saya renung mukanya.
"Abang, hari ni birthday mak. Say, Happy Birthday Ma...." saya sapanya dengan lembut.
"Happy Birthday Ma..." dia ikut arahan saya. Intonasinya sama saja seperti yang saya ucapkan.
Ya, dia hanya 'parroting'. Tapi saya tahu dia faham. Saya juga tahu dia rasa apa yang saya rasa. Tak perlu perkataan. Hanya sentuhan dan pandangan mata.
Tak apa abang. Ini pun dah cukup. Syukur.
Bersyukurlah dengan yang sedikit, Allah akan beri lebih lagi. #notetoself
Sekarang saya harus kejutkan adik. Giliran dia pula untuk bersiap ke sekolah. Tak sabar pula nak tunggu ucapan dari pakcik kenit yang petah bercakap ni.
Hari ini hari Rabu yang gembira.

3 comments:
Hi Syahida..
Wishing you a wonderful Birthday today!!
God bless you always for being the wonderful mother you are.. And hoping you have a glorious day today and always..
Jen
Selamat menyambut harijadi ke 35 dgn feel yg cukup bagus....gembira....
sorry Shida ....comment yg sama kena removed....my line very slow tadi...
Post a Comment