Hari ini, first time saya menonton rancangan ini, Rekativiti.
Secara kebetulan saya dan anak-anak menonton waktu bersantai-santai depan TV.
Pendapat saya? Sangat best rancangan Rekativiti ni.Konsep rancangan lebih kurang begini. Ia rancangan 'pertandingan'.
Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan task untuk menghasilkan kraf berdasarkan tema-tema tertentu.
Kenapa saya suka Rekativiti? Ia sangat colourful. Kertas warna, gam, gunting, cat air, pen marker, krayon, pensil warna.
Selalu kita dengar, anak-anak mudah terpengaruh dengan rancangan TV? Betul ke? Saya setuju. Nak tahu kenapa?Anak-anak saya, terutamanya kakak dan adik cukup mudah 'terjebak'. Abang lebih banyak memerhati dari jauh. Contohnya, bila tengok rancangan Sains Comot, habis satu rumah 'huru-hara' dengan 'eksperimen-eksperimen' sains mereka.
Dia kutip piring, mangkuk dan cawan polisterine. Lalu, dia buat dram (katanya).
Oleh kerana kami sedang bercuti di luar JB, bahan-bahan untuk membuat kraf tak cukup. So, kreativiti kak Dina pun setakat bahan yang ada sajalah.
Hmm, nampak gayanya kami boleh buat rancangan Rekativiti sendiri sepanjang cuti ni.




No comments:
Post a Comment