Oh! Betto
Sedikit update tentang Betto yang kemalangan minggu lepas.
Alhamdulillah.
Dia selamat menjalani pembedahan (membetulkan otot-otot perut yang koyak).
Selesai pembedahan, poket kami pula 'rabak'. huhu
*mudah-mudahan Allah murahkan rezki kami & mudahkan urusan kami. Amiin*
Apa pun, Betto sekarang dalam proses recovery.
Memang ala-ala ibu berpantang.hehe
Nasihat doktor, Betto mesti dikurung dalam cage selama seminggu dan hanya boleh berada di dalam rumah selama lebih kurang sebulan.
Hari ini, luka pembedahan semakin sembuh. Bengkak-bengkak juga sudah surut. #syukur
Selepas dua malam ditahan di vet, Betto dibenarkan balik rumah Ahad lepas.
Tengoklah tu, Betty pun sibuk nak tengok Betto. hehe

Tengoklah tu, Betty pun sibuk nak tengok Betto. hehe

Sekali-sekala, kami letakkan Betto di luar cage.
Bagi peluang pada Betto untuk stretching dan tidur dengan lebih selesa.
Ok, sekian update.
Bagi peluang pada Betto untuk stretching dan tidur dengan lebih selesa.
Ok, sekian update.
Selamat hari Rabu. Ceria dan sihat selalu!




2 comments:
salam...maaf saya nak betanya...berapa kos semua ? coz saya baru sahaja membelikan seekor kucing mix persian untuk hadiah anak saya...saya kumpul maklumat sebelum membeli...so kena bersedia dari segi kewangan...thanks
salam, kalau kucing awak sihat2 saja, kos terlibat hanya untuk beli makan & pasir (najis) je..kos bergantung pada jenis makanan yg kita bagi. kalau untuk kucing mix persian, maybe maintenance cost lebih tinggi kot. saya tak tahu sangat, kucing-kucing saya asalnya stray cat saja.
kalau ada kemalangan/sakit dan perlu ke vet yg biasanya melibatkan kos tinggi. kadang2 leh cecah RM500-1k.
apa pun, bela kucing 1 tanggungjawab. kena bersedia untuk korban RM, tenaga dan masa.
Post a Comment