Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Mar 21, 2013

Santai pagi Khamis


Syok layan majalah al-Ustaz pagi-pagi sambil tengok TV.hehe

Nak tahu apa yang saya baca. Klik SINI ye!

ok. See u later!


Salam Khamis :)))

Feb 5, 2013

Kucing situ, sana, sini

dari Instagram
*tq ardwerkz*
Saya sangat tertarik dengan visual ini. Memang betul-betul berlaku pada saya dan anak-anak. Kucing-kucing saya, Betty dan Betto (terutamanya) memang selalu mengekor saya di dalam rumah. Saya lipat atau gosok baju, mereka duduk di tepi. Saya ke dapur, mereka follow. Saya duduk depan pc, mereka melangkah atas keyboard.  Time makan, Betto memang pemerhati setia (sebenarnya dia nak cekau ayam goreng dalam pinggan.haha)

Tengah tidur sekalipun, kena kacau juga. Iye, tak tipu. Exactly macam dalam gambar tu lah. hehe Ok.ok..gambar-gambar tu ada sedikit 'over' haha. Nak tengok Betty menyibuk celah anak-anak buat homework? Jom!





Sabo jelah ;p

Sekian.

dari google

Nov 7, 2012

Oh! Betto (episod 2)


Oh! Betto

Sedikit update tentang Betto yang kemalangan minggu lepas.
Alhamdulillah.
Dia selamat menjalani pembedahan (membetulkan otot-otot perut yang koyak).
Selesai pembedahan, poket kami pula 'rabak'. huhu
*mudah-mudahan Allah murahkan rezki kami & mudahkan urusan kami. Amiin*


Apa pun, Betto sekarang dalam proses
recovery.
Memang ala-ala ibu berpantang.hehe
Nasihat doktor, Betto mesti dikurung dalam cage selama seminggu dan hanya boleh berada di dalam rumah selama lebih kurang sebulan.
Hari ini, luka pembedahan semakin sembuh. Bengkak-bengkak juga sudah surut. #syukur
Selepas dua malam ditahan di vet, Betto dibenarkan balik rumah Ahad lepas.
Tengoklah tu, Betty pun sibuk nak tengok Betto. hehe


Betty: " Betto okay??"
*agaknya la kan...*

Kesian kena kurung. Tapi terpaksa.
Tak boleh biarkan Betto bergerak terlalu aktif dan agresif.


Sekali-sekala, kami letakkan Betto di luar cage.
Bagi peluang pada Betto untuk stretching dan tidur dengan lebih selesa.

Ok, sekian update.

Selamat hari Rabu. Ceria dan sihat selalu!