Dec 24, 2012

Idea bidan terjun (episod 2)




Objektif: Mengenal nama-nama hari dalam seminggu 
(versi BM dan BI).
Tugasan: Gunting, Suai padankan (matching) dan gam pada template jawapan (kertas putih)



Khusyuk. Buat sendiri. Tanpa Bantuan. 


Dah siap. Bagus!
Bersambung lagi dengan tugasan seterusnya. 


Kalau yang pertama tadi, susunan hari mengikut aturan. 
Kali ini, saya susun secara rawak.
Nak test samada abang betul-betul tahu matching atau tidak.


Sekali lagi, berjaya! 
Tapi saya masih belum puas hati.hehe
Tugasan seterusnya..


Matching dengan pen (tiada lagi gunting dan gam).
Sengaja saya tulis dengan pen pelbagai warna (cubaan untuk mengelirukan beliau).





Hasilnya, memang dia keliru. 
Tengoklah tu. Garisan hitam adalah jawapan abang.
Garisan merah adalah pembetulan yang saya minta dia lakukan. 
Dua saja yang betul, 
Rabu-Wednesday dan Sabtu-Saturday.

Mood abang terjejas waktu saya membetulkan jawapan yang salah. Tengoklah tu, habis comot kertas jawapan. huhu


Tugasan diteruskan lagi. 
Misi menghafal nama Hari diteruskan.
Kali ini, saya hanya gunakan pen biru dan merah supaya beliau tak keliru (macam tadi).


Hanya sedikit peningkatan berbanding yang sebelumnya.
Kali ini, yang betul, 
Rabu-Wednesday, Sabtu-Saturday dan Isnin-Monday.

Jawapan abang - pen hitam. Pembetulan - pen hijau.
Sekali lagi, beliau tantrum bila tahu sesetengah jawapannya salah. Hmmm


So, saya teruskan lagi. 
Isi tempat kosong untuk ejaan Hari (versi BI).


Tekun.


Meningkat lagi. 4 jawapan betul.
Yang salah tu, kena buat pembetulan la kan? hehe


Untuk pembetulan, saya minta abang tulis sepenuhnya.
Pembetulan--> Rabu, Selasa dan Khamis.
No tantrum. Rileks je buat sampai habis. #Alhamdulillah


Untuk setiap tugasan, ada sesi rehat 5 minit. Setiap kali sesi rehat, saya berinya Ipad sebagai reward.  Pilih aktiviti yang disukai anak-anak. beliau suka menggunting.  Saya jadikan aktiviti menggunting sebagai tugasan pertamanya. 

Tempoh sesi bergantung kepada mood dan keadaan anak anda. Untuk abang, saya boleh teruskan sesi sehingga sekurang-kurangnya 30-45 minit kerana dia sudah boleh fokus dengan baik (dengan syarat ada sesi rehat 5 minit).

2 comments:

shogun_na said...

Wow...well done abil...

syida said...

mekasih ina..abil ni masih pelan-pelan kayuh. Banyak lagi nak belajar ni.Fuhh :)