Jan 6, 2013

Darjah Satu (episod 2)


Sekejap je sudah Darjah 1.
Saiznya yang comel buat saya risau banyak bila 2013 tiba dan dia sudah perlu ke Darjah 1.

Excited. Itulah yang dia rasa.
Dia liat bangun pagi. Adik bukan  'morning' person.
Tapi, setakat ini nampaknya dia suka ke sekolah. Kalau boleh Sabtu dan Ahad pun nak ke sekolah. haha

Tup tap, Dip dap, dah 3 hari bersekolah.



1-1-2013. Hari pertama ke sekolah. Pendaftaran.

Selesai pendaftaran. 
Dengan seplastik baju sukan.
Saiz yang paling kecil pun 'gedoboh' untuk beliau. haha








Waktu rehat.
Bawa bekal sendiri sehinggalah sudah betul-betul cekap berbelanja sendiri di kantin.
 Lebih jimat. Lebih sihat insyaAllah..

Waktu rehat dah habis. Beratur untuk kembali ke kelas.

Sebahagian buku-buku adik.
Banyak dan berat begnya.
Beg sekolah berkali ganda lebih berat dari orangnya.
Nak buat macamana, terpaksalah juga biasakan diri angkut beg berat kan?

Minggu depan, adik sudah kena berdikari di sekolah. Sekarang ini, dia menahan diri dari ke tandas sepanjang berada di sekolah. Hmm, berbakul-bakul saya pesan setiap hari supaya ke tandas bila perlu. Katanya, malu nak beritahu cikgu. hadoi

Alah bisa tegal biasa. Untuk anak tipikal seperti adik, insyaAllah dia cepat adjust dan adapt


dari instagram

No comments: