imej google
"Ma, buku teks tu apa?"
"huh? buku teks? Cikgu suruh bawak buku teks ke? "
(Saya bangun dan tunjukkan padanya buku-buku teksnya di rak buku).
"Taklah. Cikgu kata, tunggu dapat jadual baru bawak buku teks..."
"Ok.." (Dalam hati; biarlah lambat-lambat dapat jadual. hehe)
"Ok.." (Dalam hati; biarlah lambat-lambat dapat jadual. hehe)
Buku teks sekolah tidaklah tebal-tebal macam dalam gambar nun. Tapi, kalaupun bawa buku teks mengikut jadual, beg anak-anak tetap BERAT. Sekarang ini, saya sudah cukup kesian tengok kakak bawa beg berat. Adik yang buat masa ni bawa buku tulis saja pun, dia sudah mengadu begnya berat. Mujur la buku-buku abang ditinggalkan di sekolah (fyi, beliau di kelas Pendidikan Khas).
Apa pun, anak-anak memang terpaksa juga bawa beg berat mereka ke sekolah. Kalau yang kelasnya di tingkat atas, lagi parah mengangkut naik tangga. Mudah-mudahan ada barakahnya pada ilmu yang mereka belajar di sekolah.
Oh ya, soalan-soalan adik dan cerita-ceritanya setiap hari selepas balik dari sekolah selalu buat saya tersenyum. Ya, dia petah macam kakak. Abang? Setakat ini, kemampuan verbalnya masih belum mencapai tahap kakak dan adik. Kalau ditanya tentang sekolah pun, dia tidak menjawab. Ya, sesetengah anak autisme mempunyai kemahiran komunikasi yang terhad dan tidak pandai mengekspresi. Kena usaha melatihnya lebih lagi. Hmm..
dari facebook


No comments:
Post a Comment