Ada apa dengan Homeschool?
Begini, saya homeschool anak saya adik, untuk subjek-subjek Sekolah Agama. Pagi, dia ke Sekolah Kebangsaan seperti biasa. Sebelah petang, ketika kawan-kawannya ke sekolah agama, dia tidak. Dia belajar dengan saya.
Kenapa saya homeschool sekolah agama untuk Zarif? Banyak sebabnya.
Satu, saya perlukan rutin yang lebih fleksibel supaya saya boleh seimbangkan keperluan menghantar abang ke terapi dan menguruskan kakak dan adik pada masa yang sama.
Kedua, saya sedikit cerewet. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya melihat kakak bersekolah agama (berhampiran rumah kami), terlalu banyak kekurangan dan saya tak begitu berpuas hati. Bagaimanapun, kakak masih bersekolah agama dan tahun ini sudah Tahun 6. Sayang kalau dia berhenti separuh jalan. So far, walaupun sistem di sekolah agama ada isu di sini sana, kakak masih boleh cope dengan baik.
Ketiga, saya mahu ajar abang dan adik serentak. Persekitaran dan sistem di sekolah agama tidak sesuai dengan keperluan abang sebagai special needs child. So, saya ajar adik di rumah. saya ajar abang juga. Masih one-to-one. Sukar untuk fokus pada kedua-duanya serentak. Sesekali saja saya gabungkan mereka untuk buat latihan bersama.
Saya ikut silibus sekolah agama. Saya gunakan buku-buku teks kakak dulu. Untuk abang, saya hanya ajar yang sesuai dengan tahapnya.
Akhlak, Sirah, Ibadat, Al-Quran, Tauhid, Jawi.
Buku-buku jawi semasa adik di Tadika yang saya gunakan sebagai ulangkaji.
Adik masih belum lancar membaca jawi.
Set mengaji Al-Furqan. Siap dengan flash cards.
Adik di buku 3. Abang di buku 2. Semuanya ada 4 buah buku. Buku 4 adalah tahap tertinggi.
Target saya ialah untuk mulakan adik mengaji al-Quran tahun ini, insyAllah.
Buku-buku untuk bacaan kami semasa sesi belajar secara santai.
Sangat menarik.
Setakat ini, kami masih belum ada jadual tetap. Saya rancang untuk susun jadual supaya rutin kami lebih tersusun dan anak-anak boleh belajar dengan lebih berkesan.
Adat mengajar anak-anak, memang mereka sedikit manja dan kadangkala manipulative. Tapi, saya masih percaya bahawa Mothers are the BEST teachers. Hanya perlu sedikit tegas. Alah bisa tegal biasa :)
Moga usaha kami diberkati.
dari facebook





No comments:
Post a Comment