Salam,
Update tentang aktiviti abang malam tadi.
Semalam, semuanya mode bersiap sedia ke sekolah lepas cuti seminggu (sempena CNY).
Kakak siapkan saki baki homework dan kemas beg.
Adik baca buku teks agama di sebelah saya.
Untuk abang, aktiviti cut & paste.

Saya cari template cut & paste di google. Pilih saja mana berkenan.Mula-mula, warnakan template. Kemudian, gunting dan tampal.Fokus abang 'lari' sedikit semasa menggunting. Sepatutnya aktiviti ini boleh selesai dalam masa 15-20 minit saja.Tapi, dengan abang yang termenung sana sini, bangun berdiri sana sini, lebih kurang 30-35 minit juga baru siap.
Abang suka dan boleh menggunting dengan baik. Alhamdulillah, tak ada masalah.Menyapu gam dan melekatkan gambar, pun ok.Ada kanak-kanak yang agak 'geli' dengan gam di jari-jari mereka (jika keterlaluan, ia mungkin petanda masalah sensori).
Hasilnya, lihat di bawah.
Ayam belanda (turkey).
Nampak tak kesan-kesan comot pada kertas tu?
Beliau terlalu teliti menyapu gam pada kertas, setiap inci kertas disapu gam.
Akhirnya, gam pun terpalit sana sini.

Tips beraktiviti bersama anak ADHD/autisme:
Nampak tak kesan-kesan comot pada kertas tu?
Beliau terlalu teliti menyapu gam pada kertas, setiap inci kertas disapu gam.
Akhirnya, gam pun terpalit sana sini.

Tips beraktiviti bersama anak ADHD/autisme:
-sesi yang pendek dan ringkas.
-lakukan aktiviti yang digemari, menggunakan kemahiran yang sudah dikuasai.
-elakkan memarahi jika mereka hilang tumpuan, gunakan pujukan dan beri pujian/ganjaran.


3 comments:
u r a SUPERmom!
thx dear..the truth is, i am still struggling ..trying my best, insyaAllah :)
Salam..itu lah hati seorang ibu..SUPERMOM.
Post a Comment