Feb 24, 2013

Si Kenit


So, apa khabar si kenit ? Sihat, alhamdulillah. Dah hampir dua minggu dia bersama kami.

Pada kebanyakan masa, kami panggil ia 'Kenit'. Macam sedap dan sesuai je bila kami panggil kenit hehe. Berbanding dengan hari-hari awalnya bersama kami, sekarang dia sudah nampak selesa. Selesa dan happy. Si kenit makan biskut kucing yang biasanya kami rendam dengan sedikit susu (susu khas untuk kitten). Dua tiga hari lepas, susunya dah habis. Saya rendam pula biskutnya dengan sedikit wet food dan air.

Setakat ini, senang menjaganya. Bagi makan, bersihkan cage dan bekas najisnya, pastikan tempat tidurnya selesa (tidak sejuk dan tidak panas). Saya dan kakak bergilir-gilir buat. 

Oh ya, si kenit ni pandai buang air dalam bekas pasirnya. Saya sendiri terkejut bila tengok dia pandai sendiri 'membuang' di atas pasir. Tak perlu diajar pun. MasyaAllah :)

Selain makan dan tidur, kenit ni ligat bermain. Jadi, beberapa kali sehari, kami lepaskan dia (dari cage). Betto cukup setia melayan kenit. Tapi tak boleh leka sebab saiz Betto ni berkali ganda lebih besar dari kenit. Cara Betto bermain dengan kenit, agak kasar. Dilayannya kenit macam kucing dewasa. Risau bila sesekali si kenit digigit Betto ketika sama-sama berguling. 

















comel



No comments: