Alhamdulillah. abang dah boleh membaca.
Bagaimana dia belajar? Saya gunakan set Bacalah Anakku (visual di bawah).
Ia bukan satu proses belajar yang mudah. But we did it! Syukur.
Bagaimana dia belajar? Saya gunakan set Bacalah Anakku (visual di bawah).
Ia bukan satu proses belajar yang mudah. But we did it! Syukur.
kredit: google
Dari semasa ke semasa, saya selalu ajak dia membaca dengan saya.Kalau dibiarkan dia membaca sendiri, dia lebih enjoy 'membaca' gambar-gambar.Dengan saya, abang praktis membaca dengan suara. Read aloud.
Biasanya, dia membaca dengan agak perlahan. Juga, agak susah nak ajak abang membaca sehingga habis satu buku. Beliau cepat hilang fokus. Cukup 3-5 mukasurat dia berhenti.Selain itu, walaupun dia sudah boleh membaca. Dia lebih suka membaca buku yang mana sukukatanya ditulis dengan warna yang berlainan.Kiranya, dia prefer buku untuk beginners.Haihh..
Kelmarin, saya ajak abang membaca buku ini 'Anak Ayam Lapar'.Ada 12 mukasurat. Tulisannya saiz sederhana. Perenggannya tak terlalu panjang. Sukukatanya semua se-warna. So, bukan untuk beginners. Sedang-sedang elok untuk abang praktis dan progress lagi.
Saya sempat rakamkan video
m.s 4
m.s 5
Maaf kualiti gambar agak 'kureng'. Tukang rakam: kakak.
Masih membaca dengan suara perlahan. Sesekali suara dikuatkan bila ditegur.Intonasi membaca masih perlu diperbaiki.Perkataan yang melebihi dua sukukata, masih belum lancar.Contoh (dari video): 'terlupa', 'bolehkah'
Slowly but surely. Dia membaca sehingga selesai 12 mukasurat. Dia tak restless sepanjang membaca, boleh membaca perkataan-perkataan se-warna dengan agak baik.(tak perlu lagi buku-buku dengan sukukata yang diwarnakan berbeza, macam ini--> SELESAI)

kredit: Instagram
Moral of the story: Kids with autism can learn.
kredit: facebook
Baca lebih lanjut di sini --> Harian Metro
Baca lebih lanjut di sini --> Harian Metro




2 comments:
Kudos to super mom! Bukan kerja mudah... Need full support from the whole family kan?
teaching special kids mmg challenging. Not easy but someone's gotta do it :)
psst, me no supermom. (takut ngan title tu) ;p
Post a Comment