Mar 31, 2013

Makan Bersama



Ahad. 31.03.13
Kami sekeluarga makan-makan ke Restoran Saujana, Gelang Patah.

Late lunch.

Ikan siakap stim, ikan ungar goreng (cicah kicap cili), sup sayur, sotong goreng butter,
taugeh goreng ikan masin dan nasi putih.
Fuhh kenyang.Alhamdulillah!

Maaf la ye, tak ada visual.
Bila makanan sampai aje, tak sempat toleh kiri kanan. teruss Bismillah..hehe

Cuaca panas 'berdenting'.
Angin laut sepoi-sepoi bahasa.
Memang sedap pekena jus tembikai, carrot susu dan air laici. Fuhhh lagi..


Oh ya, sebelum hidangan kami sampai, tuan kedai terlebih dulu menjamu kami dengan sebakul otak-otak.
(bukan percuma tau, kena bayor haha)

Daripada sebakul, akhirnya habis dua bakul. haha

"Nak otak!"
Huh?
"otak..nak otak!" kata abang.
Oooo nak otak-otak (rupanya). hehe

Sedap otak-otaknya tadi. Tak pedas sangat, secukup rasa.
Agaknya sebab tengah lapar sangat, apa pun sedap.
Alhamdulillah.


Esok hari Isnin.
Saya dan anak-anak (terutamanya kakak) tengah layan 'blues'.
Back to school! weehoo~




No comments: