Mar 1, 2013

Kizsports & Gym

Entri yang sudah hampir outdated. 
Kami ke Kizsports & Gym (KSG) lebih kurang 2-3 minggu yang lepas.

Seperti biasa, anak-anak suka.
Ada slide besar, boleh panjat, merangkak, berlari, melompat. Macam-macamlah.
Pendek kata, KSG ialah indoor playground yang selesa. Saiznya tidaklah sebesar mana. Sederhana saja.
Puas jugalah anak-anak bermain 2-3 jam.

Info lokasi, program-program di Kizsports dan sebagainya, sila ke sini ---> kizsports.com
Info caj bayaran masuk, sila lihat di bawah.

Caj bayaran masuk tiada had masa bermain. Mainlah sampai lebam. hehe
Tetapi, untuk Drop N' Shop (tengok di dalam gambar di bawah),
bayaran adalah mengikut kiraan jam anak-anak berada di KSG.













Tengoklah si abang, bukan main rileks dia turun slide. hehe




Nampak adik?





Kolam bebola ni untuk budak2 kenit sebenarnya. Tapi anak-anak saya 'perasan' kenit haha.


Mini rock climbing




Di KSG, ada dijual minuman dan makanan ringan serta kawasan rehat
(berasingan dari play area) untuk berehat.

Dah penat turun naik slide, panjat, berguling, bergayut bagai, mereka take a break.



Minum air dan makan popcorn.



Oh ya, berkali-kali juga mereka ke tandas yang comel ini. hehe




Selesa. Cukup kemudahan. Cukup kelengkapan bermain.
Anak-anak berpeluh-peluh main.
Seronok.
Badan sihat. Bagus untuk sensori juga.
Saya dan suami 'berjanggut' tunggu di tepi. hehe

Oh ya, untuk bermain di KSG, kena pakai stokin sepanjang masa
(termasuk ibubapa yang menunggu).




dari facebook

2 comments:

shogun_na said...

This is FUN...n SUPERWOW too...
Kna msuk dlm list...

syida said...

sila sila ina, masuk dalam wishlist hehe :)