Oh! Jumaat
Pagi ini, di dalam kereta..
Saya: Hari ni hari apa?
Abang: (diam untuk beberapa saat, kemudian menjawab perlahan-lahan) Hari Selasa..
Saya: Haishhh! (sambil tergelak kecil) hari Ju-ma-at..(saya sebut satu persatu). Hari apa?
Abang: Hari Jumaat.. (mengulang jawapan saya)
Beliau cukup 'berkenan' dengan hari Selasa. Tak kiralah hari apa pun soalan ditanya, biasanya dia akan menjawab "Selasa'. Entah kenapa. Mungkin waktu pertama kali saya mengajarnya menjawab soalan tersebut, harinya adalah hari Selasa. Abang biasanya sangat ingat first lesson-nya.
Begitulah kami hampir setiap pagi di dalam kereta, dalam perjalanan ke sekolah. Soalan-soalan mudah seperti "Nak pergi mana?", "Abang pakai baju warna apa?", "Abang makan apa?" akan ditanya setiap hari untuk merangsang dan melatihnya berkomunikasi. Pada kebanyakan masa, saya harus memberinya jawapan juga sebelum akhirnya dia pandai menjawab sendiri.
Sekarang, apabila ditanya "Abang nak pergi mana?" Pantas saja dia menjawab, "Nak pergi sekolah!" Intonasinya saja bertanda seruan (!) tapi suaranya perlahan saja, cukup untuk saya seorang mendengar di dalam kereta. Jawapan abang sentiasa buat saya tersenyum. Alhamdulillah..
Mengajar abang tentang konsep hari, bulan, tarikh dan kalendar, bukan senang. Ini kerana perkara-perkara ini bukanlah individu, haiwan, objek, benda atau perbuatan yang boleh dipegang, dibelek, ditunjuk dan didemonstrasikan.
Jadi, setiap hari memang berulang-ulang kami menunjukkan kalendar dan juga carta hari (dalam seminggu) untuk membantu beliau faham. Dia perlu tahu bahawa masa berlalu, hari dan tarikh berubah.

Saya kongsikan sedikit ulangkaji yang abang buat tempoh hari. Tak perlu pen dan pensil. Saya hanya gunakan kertas stiker berwarna.
Dah siap!

2 comments:
Saya suka baca tentang prestasi Abil.
*ada sayu sedikit dalam hati*
*tears*
Aishah, baca komen awak ni buat akak rasa sebak juga..
Sama2lah kita doakan Abil terus progress lagi dan lagi ye..Amiin
Post a Comment