Apr 16, 2013

Jom Petrosains

Aktiviti hari Sabtu.
Kami ke Petrosains dan Perpustakaan Awam Johor.

Plan asal nak ke library. 
Masuk saja ke pintu utama, nampak pintu masuk Petrosains.










Walaupun petrosains di sini, berskala kecil (berbanding petrosains KLCC), tapi ia tetap menarik. Kami sampai jam 9 lebih (pagi). Petrosains pun baru dibuka, masih belum ramai pengunjung. Memang cukup selesa kakak dan adik beraktiviti di sini. Oh ya, sayang abang tak ada (ada aktiviti di sekolah).



Keluar dari Petrosains, terus kami pusing-pusing library.
Maaf, tak banyak gambar library.

Saya sibuk belek buku dan duduk-duduk membaca. hehe
Paling best, bau buku di library

Kami nak datang sini lagi, bawak abang sekali :)



No comments: